Review BeauTea By Safi - Rangkaian Produk Penjagaan Wajah dengan Teh Premium
Hai si adik manis! Terima kasih sudi singgah di ruangan review produk kecantikan di ceritahuda.com hari ni. Anda selalu minum teh kan? Tapi tahu tak teh ni juga banyak kelebihannya yer tau untuk kulit yang sihat dan cantik. Ciri-ciri anti-oksidan, anti-penuaan dan anti-radang yang terdapat di dalam teh membantu menjaga kulit agar sihat dan berseri. Teh mengandungi kafein dan kaya dengan catechins dan polyphenols, dua antioksidan yang dikenali untuk melawan jerawat dan penuaan. Jom kita berkenalan dengan rangkaian produk terbaru keluaran Safi Malaysia yang berasaskan teh iaitu BeauTea by Safi.
Beau.tea by Safi berasal dari pemilihan ekstrak teh premium dan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik yang dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran, tekanan dan kosmetik dengan manfaat Anti PM 2.5 untuk kulit yang sihat.
Produk ini juga telah menjalani ujian dermatologi. Ia selamat digunakan kerana:-
* Bebas alkohol
* Bebas Paraben
* Bebas SLS / SLES
* Bebas Silicone
Terdapat 4 jenis produk BeauTea by Safi yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian jenis kulit.
Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser
- Untuk Kulit Sensitif
- Dirumuskan dengan campuran Black Tea & Black Orchid
- Pembersih krim Amino Acid yang lembut, wangian ini sangat membersihkan dan mengeluarkan kekotoran
- Membantu untuk detox kulit, sambil mengekalkan kulit yang sihat dan dilindungi daripada penuaan pramatang
- Untuk Kulit Berminyak
- Pembersih gel yang lembut dan sabun ini menghilangkan kekotoran dan minyak yang berlebihan.
- Dirumus dengan gabungan Green Tea & Neem ekstrak
- Melindungi kulit dari masalah jerawat jerawat & mengawal sebum
White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
- Untuk Kulit Kering
- Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran.
- Dirumus dengan gabungan White Tea & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengurangkan saiz liang pori.
Apricot Tea Revitalising Face Scrub
- Revitalising scrub ini membersihkan liang pori dan membuang lapisan kulit mati tanpa mengeringkan kulit.
- Dirumus dengan gabungan daripada ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan dan membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang cerah & berseri.
- Untuk kesan terbaik guna bersama dengan Beau.tea oleh Safi Cleansers.
Mana Nak Beli BeauTea By Safi?
Korang boleh dapatkan di Watson secara online atau boleh walk in ke Watson yang berhampiran. Untuk pembelian online, klik >> http://bit.ly/2JTltHO
Review Huda Tentang BeauTea by Safi
Huda dah cuba 2 jenis produk dari koleksi BeauTea by Safi ni iaitu . Jom tonton video ringkas review dari Huda tentang produk BeauTea by Safi yang telah huda gunakan sejak minggu lepas.
Alhamdulillah, Huda memang serasi dengan produk terbaru keluaran Safi ni. Nak guna pun yakin sebab ada logo HALAL JAKIM dan juga bebas dari bahan kimia berbahaya. Jom cuba BeauTea by Safi , korang pasti puas hati dengan produk harga mampu milik dengan kualiti premium!
2 Comments