Perancangan Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Hotel Mana? | Kundasang , Sabah merupakan destinasi percutian impian semua orang. Huda sendiri dah pasang impian bertahun-tahun nak jejakkan kaki kesini. InshaAllah , mula kan dengan perancangan dahulu , cari lokasi penginapan yang terbaik dan kemudian boleh teruskan perancangan bab lain pula.
Kundasang , Sabah
Kundasang merupakan sebuah bandar di daerah Ranau di Sabah, yang terletak di sepanjang Kundasang Valley . Lokasinya yang strategik sebab ia terletak kira-kira 6 kilometer jauhnya dari Taman Negara Kinabalu, 12 kilometer dari bandar Ranau yang penuh dengan tarikan tempat menarik seperti kolam air panas dan fish spa.
Perancang Percutian ke Kundasang - Nak Stay di Mana?
Perkara paling penting dalam merancang percutian adalah tempat penginapan. Memang tugas huda, sebagai master mind percutian keluarga, akan pilih hotel atau homestay yang sesuai dan strategik untuk kami sekeluarga.
Salah satu wishlist huda, adalah nak menginap di Kundasang Golf Retreat Villa. Villa merupakan private villa dan tidak selalunya di buka untuk tempahan. Jadi untuk mereka yang bertuah jer tau dapat merasa stay di villa ni. Hope time huda nak bercuti ke Kundasang ada lah rezeki menginap di sini. Jom layan gambar-gambar cantik di Kundasang Golf Retreat Villa.

Salah satu wishlist huda, adalah nak menginap di Kundasang Golf Retreat Villa. Villa merupakan private villa dan tidak selalunya di buka untuk tempahan. Jadi untuk mereka yang bertuah jer tau dapat merasa stay di villa ni. Hope time huda nak bercuti ke Kundasang ada lah rezeki menginap di sini. Jom layan gambar-gambar cantik di Kundasang Golf Retreat Villa.

Rekaan seni bina dan juga hiasan dalaman villa ni adalah hasil kreatif JWA Design and Build. Selain dari villa ini, Ibis Styles Hotel Inanam Kota Kinabalu juga direka hias oleh JWA Design and Build. Memang kagum huda tengok, nampak mewah dan elegan kan? Semoga ada rezeki jejakkan kaki ke sini..
Kredit Gambar : Booking.Com
Selain dari wishlist nak stay di villa yang cantik di Kundadang, huda juga ada study di laman web Bagasi di mana ia memberi panduan tentang lokasi penginapan yang sesuai . Huda tertarik dengan satu artikel yang di terbikan oleh Bagasi mengenai senarai tempat penginapan di Kundasang . Lengkap panduan untuk huda pilih jenis penginapan macamana dan kelebihan di setiap lokasi.
Lepas baca artikel tersebut dan banding kan semua review yang telah ditulis oleh pengunjung yang pernah datang, maka pilihan penginapan untuk percutian keluarga ke Kundasang adalah Ren Hana Kampungstay Kundasang.
Sebab utama huda pilih lokasi penginapan ini adalah permandangan yang sangat cantik, dekat dalam 3 km sahaja untuk pergi ke Dairy Farm dan juga ada FREE Wifi dan FREE Parking yang luas dan selamat.
Teringin sangat nak tengok view cantik-cantik macam ni kan? Damai , tenang dan segarnya!
Okay, survey tempat penginapan dah settle, boleh la huda teruskan dengan merancang itinerari percutian keluarga yang akan datang. Kalau korang ada tips bercuti ke Kundasang, sudi-sudikan kongsi di ruangan komen di bawah yer!
Kalau korang macam huda, suka membaca info travel sebelum pergi bercuti , jom layari >> https://bagasi.my/
13 Comments
Rawlins pun sejenis yang akan buat homework sebelum jejalan ke mana-mana pun. Thanks share info pasal webpage tu ye.