Nak Derma Darah? Baca Dulu 5 Ceklist ni & Keistimewaan Penderma Darah



Hai semua! Hari ni huda nak share tentang derma darah. Bukan semua orang berpeluang derma darah tau. Macam diri huda sendiri ada masalah tekanan darah rendah ,jadi tak lepas kriteria untuk jadi penderma darah.

5 ceklist atau kriteria yang melayakkan anda menjadi penderma darah adalah seperti dalam infografik di bawah :- 








Keistimewaan Penderma Darah



Penderma - penderma darah yang menderma di Pusat Darah Negara dan lain - lain Tabung Darah di Hospital Kerajaan adalah layak mendapatkan rawatan percuma seperti di jadual berikut :

Keistimewaan Rawatan Penderma Darah di Fasiliti Kesihatan (Hospital, Institusi dan Klinik Kesihatan), Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut Surat Pekeliling KPK 5/2005 bertarikh 20 Julai 2005.


KEKERAPAN MENDERMA KEISTIMEWAAN RAWATAN

  • 1 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk bayaran X-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
  • 2 kali (dalan tempoh 12 bulan)
    • Percuma suntikan pencegahan Hepatitis B
  • 2 ~ 5 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *4 bulan.
  • 6 ~ 10 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar selama *1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk tempoh *6 bulan.
  • 11 ~ 15 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar selama *2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *1 tahun.
  • 16 ~ 20 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *2 tahun.
  • 21 ~ 30 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh *3 tahun.
  • 31 ~ 40 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *4 tahun.
  • 41 ~ 50 kali
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh *6 tahun.
  • Lebih 50 kali (bagi penderma“Whole blood”) dan Lebih 150 kali (bagi penderma aferesis)
    • Percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.
*Tempoh masa keistimewaan yang dinyatakan adalah sah digunakan bermula dari tarikh pendermaan terakhir. Penderma perlu menunjukkan buku sijil (buku merah) kepada pihak hospital sebelum layak menggunakan keistimewaan seperti dalam jadual di atas. Kemudahan wad adalah bergantung kepada keadaan semasa. Jika wad yang dinyatakan dalam jadual telah penuh, maka penderma akan ditempatkan di wad lain yang sesuai. Keistimewaan ini hanya boleh digunakan oleh penderma darah sahaja. Penderma darah yang berstatus penduduk tetap adalah layak untuk menggunakan keistimewaan ini.



Huda dapat tahu tentang keistimewaan jadi penderma darah ni pun lepas terbaca di keratan akhbar di kosmo. Kalau nak baca juga klik link berikut >>  Percuma bil hospital RM19,713

Jadi, jom la kita derma darah! Dapat pahala dan dapat manfaat dunia akhirat.

Hanya sekali menderma darah oleh seorang individu, mampu menyelamatkan tiga nyawa..

Post a Comment

1 Comments

MunirahMH said…
Sy lately asik hb rendah je..rendah sikit..conth requiremnt 13..hb sy mesti 12.50..xpon 11.9