Jom Dapatkan Produk Penjagaan Bayi KU.KU Duckbill di Butik Tateh





Pada penghujung syawal yang lepas, Huda hadiri majlis penutup open house dan juga majlis perlancaran produk KU.KU Duckbill anjuran Butik Tateh yang berlangsung di Ampang Glass House. 


Pengenalan Jenama KU.KU Duckbill


Syarikat induk Jini Baby telah ditubuh selama 40 tahun yang berasal dari Taiwan telah bermula dengan pembuatan produk tekstil bayi. Jenama KU.KU Duckbill telah di daftarkan pada tahun 2000 yang fokus pada penyelidikan dan pengembangan barangan keperluan bayi sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun. Terdapat pelbagai jenis rangkaian produk KU.KU Duckbill seperti produk makanan bayi, produk penjagaan kesihatan mulut bayi, produk tekstil kapas dan mainan bayi. Terdapat 1200 produk di bawah jenama KU.KU Duckbill.
















Jom Dapatkan Produk Penjagaan Bayi KU.KU Duckbill di Butik Tateh



Jenama KU.KU Duckbill boleh di dapati di semua rangkaian butik kelengkapan ibu dan bayi terutamanya di Butik Tateh. 


Butik Tateh mempunyai 17 cawangan di seluruh Malaysia selepas penubuhan butik Tateh yang pertama di Bangi . Anda boleh dapatkan produk kelengkapan ibu dan bayi di Butik tateh berikut :- 

  1. Butik Tateh Shah Alam
  2. Butik Tateh Setia Alam
  3. Butik Tateh Sg. Buloh
  4. Butik Tateh Kuala Terengganu
  5. Butik Tateh Seberang Jaya
  6. Butik Tateh Kota Bharu
  7. Butik Tateh Cheras
  8. Butik Tateh Saujana Utama
  9. Butik Tateh Gombak
  10. Butik Tateh Senawang
  11. Butik Tateh Kota Damansara
  12. Butik Tateh Ampang
  13. Butik Tateh Wangsa Maju
  14. Butik Tateh Melaka
  15. Butik Tateh Johor Bahru 
  16. Butik Tateh Bandar Tun Hussein Onn
  17. Butik Tateh Kelana Jaya


Perlancaran Produk KU.KU Duckbill di Butik Tateh





Pada majlis yang meriah minggu lalu telah berlangsung perlancaran produk terbaru dari KU.KU Duckbill di Butik Tateh antaranya :- 





PPSU Standard Feeding Bottle -240ml


- Diperbuat dari FDA Compliant food- contact grade dan medical grade material. (bahan gred yang berkaitan dengan makanan). 
-PPSU (polyphenylene sulfone) tidak mempunyai kimia berhormon (Bisphenol A), selamat untuk bayi dan PPSU ni boleh tahan panas sehingga 200 darjah celsius untuk pensterilan dan mencegah bau dan penyerapan warna.
-Plastik yang ringan dan bebas BPA. 
-Puting diperbuat daripada cecair silikon gred makanan yang lembut, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mudah kotor. 
-Pengaliran udara yang unik membantu dari bayi tersedak dan bentuknya sama seakan-akan payudara untuk menggalakkan penyusuaan susu ibu secara semulajadi.


The Dream Of You Glass Wide-Nick Feeding Bottle-240ml




- Botol yang mempunyai 'anti-colic air system' dan ada BS EN 1400: 2013 European Safety Standards. 
- Botol ni selamat untuk dimasukkan dalam peti ais atau di dalam air panas untuk memanaskan susu. -Puting diperbuat daripada cecair silikon gred makanan yang lembut, tidak berbau, tidak berwarna dan tidak mudah kotor. 
-Pengaliran udara yang unik membantu dari bayi tersedak dan bentuknya sama seakan-akan payudara untuk menggalakkan penyusuaan susu ibu secara semulajadi.

Take -apart Food Scissors




Mempunyai penutup bebas habuk, single-blade, menggunakan stainless steel, BPA free dan anti-karat.


Milk Powder Container





Walaupun namanya milk powder container tapi ia mempunyai pelbagi fungsi. Sangat-sangat berguna tau , boleh letak susu tepung, boleh letak makanan bayi dan juga boleh juga berfungsi jadi mangkuk untuk bayi makan. Ia diperbuat daripada plastik bebas BPA. Jadi selamat digunakan tanpa was-was. 


Swaddle & Sleeping Bag 





- Berfungsi untuk membalut bayi dengan langkah mudah hanya 3 saat. Mengurangkan bayi dari terkejut dari tidur. 
- 2 cara Zip yang direka khas untuk membantu ibubapa menukar lampin.
- Ia dapat di gunakan sehingga anak anda umur 9 bulan.


Macaron Orthodontic Baby Pacifier 0 month +



- Direka khas untuk mengurangkan tangisan bayi, bebas phtalate, sangat mudah dibersikan, mempunyai pelindungan yang selamat dan orthodontic untuk mengelakkan pembentukan gigi bayi yang kedepan ( jongang).


Pendapat peribadi Huda setelah melihat dan menggunakan sendiri beberapa produk KU.KU Duckbill ini , produk ini sangat bagus dari segi rekaan dan fungsinya yang memenuhi keperluan ibu dan anak. Jadi sangat berbaloi untuk semua ibu di luar sana dapatkan produk jenama KU.KU Duckbill di Butik Tateh berhampiran anda!


Maklumat lanjut layari :- 


Website : www.tateh.com.my



Terima kasih kepada Butik Tateh atas jemputan untuk kami sekeluarga. Butik Tateh pastinya menjadi butik ibu dan bayi kegemaran kami sekeluarga. 

Post a Comment

1 Comments

azlina ina said…
meriahnya event ni. Seronok pula tengok. Cantik juga botol air budak ni.