Arif teringin nak duduk Rumah Kondo sebab ada lif, Dan persoalkan kenapa lif nombor 3A bukan nombor 4?


Minggu lepas, Huda bawa The Arifs berkunjung ke rumah kondo baru adik ipar yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Setelah dua malam bermalam di rumah kondo, Arif mula memasang impian nak duduk rumah kondo dengan alasan nak rumah ada lif.

 Arif Haikal yang bakal mencecah usia 7 tahun dua bulan akan datang semakin petah berkata-kata. Sifat ingin tahu dan kerap bertanya soalan tentang apa sahaja yang terdetik di kotak fikirannya. Baru-baru ni, dia persoalkan kenapa lif di rumah kondo bernombor 3A dan bukannya nombor 4. Aduh, kami suami isteri jadi terdiam tak tahu nak jawab apa.


gambar hiasan


Huda pun apa lagi, gunakan Google untuk mencari jawapan persoalan Arif. 

Menurut Wikipedia , terdapat fahaman superstitions tentang nombor di kalangan masyarakat Cina. Berikut adalah antara nombor yang dielakkan oleh kaum cina kerana dipercayai membawa maksud yang tidak elok dan juga nombor yang membawa tuah. 
  • 4 is the unlucky number in Chinese culture because the word for four is very similar to the word for death in Hokkien, Mandarin and Cantonese. This is very different from any other culture; in local Chinese culture the unlucky number is 14, because in Cantonese it sounds like “must/will die.”
  • 7 is considered unlucky in Chinese culture as well. The number 7 is also consider as ghostly, since it coincides with the 7th lunar month of the Chinese calendar which in the Chinese culture is the “ Ghost Month.” During the Ghost Month, the gates of the hell opens up and the ghosts would wander the human world in search of food.
  • Many stages of life according to the Chinese revolve around the number 7.
  • For example: baby teeth come when children are 7 months old, and children start to get their adult teeth when they are 7 years old.
  • These ages suggest a pre-determined "plan" for humanity and is the reason for why the Chinese consider these ages, and the number 7 to be lucky.
  • A few other numbers that are considered lucky in Chinese culture are 9 and 6.
  • 9 is considered lucky because in both Mandarin and Cantonese it sounds like the word "longevity". 6 is considered auspicious because it is a homonym for the word "flow." The pronunciation for the number 6 is “liu” and it means smooth in English. Therefore, Chinese people often use 6 when they start a new business. 8 is considered lucky in Mandarin because it sounds like the word for "Prosperity" and "Wealth"
Agak-agak Arif dah boleh faham tak dengan jawapan fahaman karut kaum cina dan mempengaruhi sistem nombor dalam lif kebanyakkan rumah kondo di KL?



Arif banyak kali cakap impian dia nak duduk rumah kondo semata-mata nak duduk rumah ada lif. Huda pula memang tak minat rumah kondo , untuk menginap beberapa hari boleh la, tapi duduk lama-lama boleh jadi bosan, sebab rasa terperangkap dalam kotak.  Huda dah cukup bersyukur dengan rumah atas tanah yang kami diami sekarang.

Family Wefie - Infinity Pool level 36, Kondo di KL


Tapi, huda pasang impian nak tunaikan impian Arif nak ada rumah kondo satu hari nanti. Wishlist mama nak realisasikan semua impian anak-anak mama. Beli rumah kondo sebagai aset dan hadiah untuk mama. InshaAllah, semoga satu hari nanti impian mama tercapai. Amin....

Post a Comment

1 Comments

Nieyla Nadia said…
Insya'Allah...
Semoga impian itu akan menjadi kenyataan :)