Throwback First Half 2019 yang indah..


Alhamdulillah, Maha Suci Allah, Allah sahajalah yang satu , Maha berkuasa memakbulkan segala doa dan impian hambaNya. Hari ni, hari terakhir di bulan Jun 2019, dan esok kita akan melangkah ke 2nd Half 2019. Cepatnya masa berlalu, dan huda luangkan sedikit masa untuk duduk bertenang dan biarkan jari jemari ini menaip segala yang bermain di kotak fikiran huda. Jom throwback first half 2019.



Throwback First Half 2019 yang indah..

JANUARI 2019


Setiap tahun, huda memang akan buat wishlist nak berjalan atau lakukan sesuatu perkara yang baru dalam hidup dan mewarnai lukisan kehidupan The Arifs. Rezeki bergolek-golek pada bulan pertama di tahun 2019. Bibir dan hati huda tak berhenti-henti mengucap syukur. Ada 10 wishlist yang sudah tertunai dengan izin Allah. Nota syukur huda sempat coretkan pada hari terakhir di bulan Januari yang lepas. >> WISHLIST JANUARI  2019 yang sudah tertunai << . Antara moment kegemaran huda adalah menonton teater di Encore Melaka. Dah lama pasang niat nak ke sana, akhirnya rezeki dapat jemputan review. Memang teruja sangat2. Bulan Januari kami sekeluarga dapat jalan-jalan Melaka dan Kuala Lumpur.



FEBRUARI 2019


Pada bulan kedua di tahun 2019, merupakan bulan kegemaran huda di first half 2019 ni sebab salah satu wishlist yang huda nak sangat capai bersama keluarga sudah pun  terlaksana. Dan kali pertama huda menangis bila baca emel job review. Sebak sebab impian anak-anak tercapai sebelum tabung bercuti yang huda plan nak penuhkan tahun ni. Rezeki Allah itu sangat luaskan? Jangan pernah lupa untuk menjemput rezeki setiap hari dengan amal soleh yang wajib dan sunat.



Kenangan terindah dapat bawa anak-anak bercuti 2 hari 1 malam yang di taja sepenuhnya oleh  Legoland Resort Malaysia. 2 hari dapat akses ke Legoland Theme Park dan Legoland Waterpark. Dan huda  juga berpeluang menjadi antara orang yang pertama  melihat Sealife Malaysia. 

Bulan Februari kami sekeluarga dapat jalan-jalan Johor Bahru. 


MAC 2019


Pada bulan ketiga di tahun 2019 , huda berpeluang menjadi antara orang yang pertama jejakkan kaki ke AEON Adventurers Web di Aeon Mall Nilai. Bertuah The Arifs setiap bulan mereka berpeluang cipta pengalaman baru. 


Paling huda happy bulan Mac 2019 yang lepas, bila target huda nak setelkan shopping baju raya The Arifs selesai tanpa perlu keluar budget sendiri. Bayar guna Aeon Voucher jer , jimat duit, hehe...  Hujung bulan Mac sempat review buffet Ramadan di Pacific Hotel. Satu-satunya review ramadan buffet tahun ni, sebab offer lain tak dapat pergi sebab jauh...
Bulan Mac kami sekeluarga dapat jalan-jalan Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.



APRIL 2019


Pada bulan keempat di tahun 2019, Huda berpeluang memeriahkan majlis sambutan Hari Autism bersama McDonalds Kuala Terengganu. Satu pengalaman yang bermakna, bila huda sendiri merasai pengalaman menyediakan belon untuk diberi kepada anak-anak autism. First time handle mesin tiup belon , of course teruja dan jakun..hehe..

Wishlist nak mandi manda di pantai dengan swimming suit The Arifs pun tercapai. Lama tak bawa anak-anak mandi pantai dan main ombak bersama. Memang best sangat bila dapat luangkan masa berkualiti bersama anak-anak.

Bulan April, kami tak berjalan , just stay di Kuala Terengganu. Jadi Huda luangkan masa bercuti weekend staycation di hotel patuh syariah yang terbaru di sini, Paya Bunga Hotel. Permandangan yang sangat memukau di hotel ni. Anak-anak pun happy dan ajak repeat stay sini.



MEI 2019


Pada bulan kelima di tahun 2019, kami sekeluarga memenuhi jemputan untuk review tarikan terbaru di Johor Bahru, iaitu Kiddomo Discovery yang terletak di R&F Mall, JB. Sangat teruja bila The Arifs dapat melakukan aktiviti baru yang berkonsep futuristik dan interaktif.


Pada bulan Mei yang lepas, huda memang kurangkan aktiviti luar sebab fokus dengan ibadah di bulan Ramadan. Kami sekadar berjalan balik hari dari kampung Huda di Muar ke JB dan balik kampung berpuasa dengan family sahaja.


JUN 2019




Bulan yang paling di nanti di tahun 2019, iaitu bulan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Alhamdulillah sambutan raya yang serba sederhana. Pada bulan ini jua banyak "rezeki " berkunjung tiba di rumah. Raikan tetamu dan rakan-rakan yang sudi menjejakkan kaki ke rumah. Pada bulan ni, hanya berjalan sekitar Terengganu sahaja.. 





Rezeki bulan Jun ini juga menang 3 giveaway, iaitu dari Dettol, IDCorner.my dan Shopee. Alhamdulillah, semoga terus menerus tarikan magnet rezeki untuk Huda sekeluarga, Amin....


So, get ready to face the second half challenge in 2019!

Post a Comment

1 Comments

Boss said…
Alhamdulillah rezeki tahun ni kan? Lagi kita bersyukur lagi banyak rezeki melimpah ruah untuk kita.