Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Alhamdulilah craving satisfied!  Rasanya hampir seminggu lebih dah beli ikan selayang nak buat sambal dengan mangga muda yang merimbun di belakang rumah. Akhirnya, mood rajin dan ada kesempatan dan ruang untuk memasak. Jom huda kongsikan Resepi Sambal Ikan Mangga Muda yang Mudah dan Sedap.



Resepi Sambal Ikan Mangga Muda yang Mudah dan Sedap


Bahan-bahan

  1.  3 biji mangga muda
  2. 3 ekor ikan selayang 
  3. Lada dan cili padi ( ikut suka pada taste tahap kepedasan korang) 
  4. Bawang Putih
  5. Garam dan gula secukup rasa 



Cara-cara :-

  1. Kupas kulit buah mangga dan cincang mangga menjadi halus. 
  2. Rebus ikan selayang dan biarkan sejuk ( huda biarkan dalam setengah jam) 
  3. Asingkan isi ikan rebus dari tulangnya , kemudian tumbuk separa lumat dengan menggunakan lengsung.
  4. Kemudian tumbuk lada dan bawang putih hingga separa lumat. 
  5. Tambah garam dan gula secukup rasa
  6. Kemudian campurkan semua bahan yang ditumbuk ke dalam mangkuk bersama mangga yang sudah di racik halus dan adun sebati.  
Dah siap! Jom makan dengan nasi panas-panas, memang sedap. Encik suami pun puji. Alhamdulillah, berkat air tangan isteri pengikat kasih sayang dalam rumah tangga.


Selamat Mencuba!!

15 comments:

  1. Nampak macam senang je nak buat. Tak pernah pula makan sambal ikan macam ni. Tetiba terliur pula sebab nampak mangga muda tu haa....Boleh la cuba resepi ni nanti.

    ReplyDelete
  2. makan nya tak payah lagi ye kak... tulang ikan la tak ade hehe
    sedapp nihhh

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaa telan air liur kita baca entry ni. Terpaksa la esok ajak husband pergi pasar beli bahan. Pembuka selera ni

    ReplyDelete
  4. Firstime kita tengok sambal ikan macam ni hehehe sedap dapat bayang rasanya peda-pedas dan lemak-lemak isi ikan tukan bestnya simple tapi membuka selara nak cuba juga lah lepas ni hehehehe nak guna isi ketam lak boleh ker wakakakaka...

    ReplyDelete
  5. Ya Allah nmpak sedap dan menyelerakan sungguh nie. Sy suka menu mcm nie, simple je utk sediakan. Sy rasa kalau tambah daun ketumbar pasti lg umphhh rasanya. Nanti nk buat jugaklah

    ReplyDelete
  6. Pepagi nampak nie terasa macam nak cari pula untuk lunch kang.
    Apooo la perut I nie. Nampak sedap sangat. Dah la Rawlins memang penggemar mangga.

    ReplyDelete
  7. Wahhh first time dengar resipi ni. Tak pernah dgr or makan sebelum ni.Nampak menarik jugak ni. Boleh masuk list nak try masak

    ReplyDelete
  8. Thanks huda for this recipe sharing. Lama dah I cari resepi sambal mangga style ni. Sabtu ni nak cuba

    ReplyDelete
  9. terliur xul dibuatnya kak huda. baru tahu resepi ni, mudah dibuat so bolehlah masuk dapur malam ni. heheh

    ReplyDelete
  10. Alamak.. dah la belum makan lagi ni.. lapar tetiba tengok gambar ni.. boleh la try buat nanti.. nampak senang je tu.. insyaAllah.. hehehehe

    ReplyDelete
  11. First time dengar menu ni.. Selalu dengar kerabu mangga je.. Huhu.. Sambal ikan mangga muda ni ikannya rebus dulu ekk.. Bole x kalau nk guna ikan lain... Atau ikan apa sedap kalau nk guna selain ikan ni..

    ReplyDelete
  12. pertama kali juga tengok resepi ni. boleh buat kelainan ni masakan di sapur kan. tapi pada masa sama bila tgk balik teringin pula nak makan tuna.. sabar ajela..

    ReplyDelete
  13. memang sedap sangat resipi ni! Makan ikan rebus dengan nasi panas pun dah sedap apa lagi makan dengan mangga fuhhh terliur saya dibuatnya!

    ReplyDelete
  14. ehh sedap! sy suke jenis raw mcm ni cmne nk ckp ek mmg suka lah kerabu mangga ke sgl bagai tu klu mkn xd sambal mmg xlengakp!! bole cuba nnt!

    ReplyDelete
  15. uii lama dop makan ni!!sedap nih!

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]