Memoria Aidilfitri 1440 H/2019


Raya tahun ni turn raya belah mertua huda di Terengganu. Huda dan suami memang dari awal kahwin dan bincang, bila raya belah mana2 memang stay situ, takde nak travel jauh2 time raya. Jadinya, raya ni huda memamg beraya di Terengganu sahaja. Huda dah balik kampung Johor awal, masa penghujung puasa, sempat la merasa masakan raya dari air tangan mak.

Sehari sebelum raya kami sekeluarga bergerak dari Kuala Terengganu ke Kijal, yang mengambil masa dalam 2 jam perjalanan.

Sampai Kijal, kami berbuka puasa di rumah Cik Nyang The Arifs.

Habis berbuka , balik rumah baru Ki di Kijal, dan mulakan misi suka ria malam raya dengan main bunga api.



Alhamdulillah, pagi 1 Syawal dapat solat sunat Hari Raya di Masjid Jamek Kijal, dan habis solat terus beraya ke rumah moyang The Arifs. Tema baju raya kami tahun ni warna emerald green.




Huda belikan baju kurta jer untuk suami dan anak-anak, sebab malas nak pakai samping bagai..hehe..


Ini gambar raya pertama dengan keluarga mertua. Adik beradik encik semua yang ada lelaki, ada sorang adik perempuan beraya belah suami dia, maka gambar raya , huda dan mak mertua jer la menjadi penyeri gambar, hehe...

Syawal kedua, seawal 9.30 pagi kami sekeluarga bertolak dari Kijal balik ke Kuala Terengganu. Sampai terengganu terus ke rumah terbuka mak sedara.



Tema raya kedua kami. Anak-anak jer pakai baju baru, mama papa pakai baju yang masih cantik, walau pun dah setahun beli..




Syawal kedua baru lah dapat berkumpul ramai-ramai camni. Paling happy mestilah The Arifs sebab dapat jumpa cousin diorg.



Syawal ketiga. Tema mix and match, papa dan Arif Haikal team biru, mama dan adik hakim team hijau. 




Syawal ke empat... Ikutkan nak tema biru jer semua, tapi Huda pakai baju warna lain atas sebab tak dapat di elakkan.. ( hehe sebenarnya plan nak pakai baju biru putih yg pakai time nikah , tapi ketat sikit, tak selesa plak nak beraya pakai ketat2 ni..)




Syawal ke 5, dah tak pakai baju raya dah, pakai T shirt jer masing-masing dan beraya tepi pantai.

Walau meriah macamana, walau sedap mana makanan beraya di Terengganu, hati huda sangat-sangat merindui keluarga di Johor. Rindu tradisi kami anak-anak berkumpul dan berucap dan semua akan mengalirkan air mata bila bersalaman.. Tradisi yang huda tak dapat rasai bila raya di keluarga mertua..



Tengok gambar raya family Johor berkumpul dan tengok wajah abah dan mak, adik beradik semua, buat huda sebak... Semoga panjang umur murah rezeki Huda dapat beraya dengan keluarga di Johor pula tahun depan. InshaAllah... 

Post a Comment

0 Comments