Gathering Potluck Raya Blogger Ganu 2019





Alhamdulillah, plan nak buat gathering sempena syawal bersama Blogger ganu tercapai juga akhirnya. Kewujudan blogger di Terengganu tak lah semeriah kat KL, so mana yang ada ni, kita kumpul rapatkan silaturrahim. Lagi pun kadang-kadang ada event, dapat jumpa sekejap jer kan..



Gathering Potluck Raya Blogger Ganu 2019 , Huda jadi host untuk kali ni.
Majlis bermula lepas solat Jumaat.

Antara menu yang huda masak adalah nasi beringin johor, rendang ayam, mee bandung dan mee sup. Semua resepi Johor tau. Anak jati haruslah kenalkan menu signature hometown walau merantau ke negeri orang.



Menu potluck lain yang dibawa oleh blogger lain adalah Bihun Tomyam dari Blogger Yaya Azura (https://www.yayaazura.com/) , dan kuih-muih yang di bawa oleh Blogger Sis Gee ( http://www.sisgee.com/), Blogger Najiah / Dedeq ( https://najihah90.blogspot.com/) , dan Blogger Shada ( http://www.shahadafauzi.com/) . Ini sahaja blogger ganu yang berkesempatan nak join, yang lain ada urusan. 








Alhamdulillah, puas borak dan makan sampai kenyang. Sekali sekala dapat berkumpul macam ni, memang best.  Planning bulan ogos nak buat gathering lagi, nak celebrate baby ogos pulak..InshaAllah,semoga di permudahkan plan kami dan lebih ramai lagi yang dapat join. 

Sebelum semua balik, masing tapau makanan, Huda memang dah standby bekas awal, sebab tahu mesti ada banyak makanan lebih. 


Last but not least, picture perfect of the day. Walau ada seorang dua anak blogger yang tak nak masuk dalam frame dan dengan The Arifs matanya tengok TV tak tengok kamera, at least ada kenangan kami pada hari tersebut.




Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansari RA bahawasanya seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan yang membolehkan aku masuk syurga.” Jawab Rasulullah, “Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu, dirikan sembahyang, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim.”                                                                                                                  (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Post a Comment

6 Comments

Dedeq De Wishes said…
HEPI .. HIHI . MEKASIH SEMUA ��
Rodiah Amir said…
Wah bestnya berkumpul
Husniey Husain said…
Meriahnya menu.. InsyaAllah next pasti ada rezeki husniey nak berkumpul bersama ☺️
sis gee said…
joms plan next gathering!moga ramai lagi yang boleh join!! ❤
MunirahMH said…
Wow..bagus activity mcm ni..boleh kenal antra 2 sama lain