Rezeki Ramadan Dapat Hadiah Telekung Siti Khadijah


Alhamdulillah Rezeki Ramadan bertandang lagi.... Huda rasa semua muslimah ada keinginan nak miliki telekung jenama Siti Khadijah yang glamour tu. The Arifs pun pernah cakap wish dia nak hadiahkan huda telekung Siti Khadijah sempena birthday...





Huda memang nak ada satu telekung jenama Siti Khadijah ni, tapi planning nak beli bila nak pergi umrah nanti..bila ntah waktu tu tiba..


Ramadan tahun lepas huda dah dapat telekung baru, jadi tahun ni huda selesa guna telekung tahun lepas yang masih elok dan nampak baru sebab huda guna khas untuk solat kat masjid jer. Telekung kat rumah guna yang lain..


Hujung minggu lepas huda dapat suprise Ramadan Gift dari akak ipar huda yang balik kampung. Dia kata nak bagi hadiah Ramadan. Kemudian dia hulur paper bag Siti Khadijah... wah! Rezeki dapat telekung mahal! Memang rezeki ramadan sungguh ni...


Alhamdulillah, huda dah guna masa pergi solat terawih kat masjid dan solat kat rumah. Dan setiap kali solat huda doakan akak ipar yang baik hati dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan...


Best kan bila ada lebihan rezeki boleh bagi hadiah kat orang lain? Doakan huda murah rezeki agar satu hari nanti huda pula menjadi tangan di atas dan memberi hadiah pada ahli keluarga. InshaAllah...


Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki tanpa batas.

1 comment: