Jom Cuba Produk Terbaru Surya - S Great Grain Kombinasi 18 Bijirin dan 5 Makanan Sunnah





Jom Cuba Produk Terbaru Surya - S Great Grain Kombinasi 18 Bijirin dan 5 Makanan Sunnah | Hye Assalamualaikum. Hari ini huda nak kongsi produk terbaru dari jenama keluaran tempatan iaitu Surya. Ini merupakan produk kedua huda cuba keluaran Surya, sebelum ni huda dah amalkan produk keluaran Surya yang sangat best iaitu Surya Apple Cider Vinegar.  Jadi huda sangat teruja nak cuba produk terbaru yang di beri nama S Great Grain, iaitu sejenis minuman multi bijirin yang sangat berkhasiat!

Surya - S Great Grain Kombinasi 18 Bijirin dan 5 Makanan Sunnah


S Great Grain ini mempunyai kandungan kebaikan yang diperolehi daripada 18 jenis biji-bijian  iaitu :-


  1. Beras Merah
  2. Kacang Merah
  3. Kacang
  4. Kacang Hijau
  5. Benih Coix
  6. Biji Bunga Teratai
  7. Biji Rami
  8. Bijan Hitam
  9. Kacang Walnut
  10. Kacang Aprikot
  11. Kacang Hitam
  12. Benih Chia
  13. Beras Pulut
  14. Beras Perang
  15. Jagung
  16. Kacang Soya
  17. Gandum
  18. Sekoi




Tambahan pula kandungan lima makanan sunnah iaitu habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi unik ini diyakini mampu memberi pelbagai manfaat kesihatan.






 S Great Grain memberi peluang kepada kita semua untuk memperoleh manfaat bijirin serta makanan sunnah tanpa perlu berbelanja besar. Best kan??


Pada bulan Ramadan ini, dengan adanya S Great Grain yang boleh diambil ketika bersahur kerana ia mengandungi nutrien dan serat yang membantu mengekalkan tahap tenaga sepanjang hari. Alhamdulillah, menu sahur yang ringkas dan berkhasiat

Ia memenuhi keperluan nutrien harian kita semua dari semua kumpulan makanan terutamanya karbohidrat kompleks yang membantu melepaskan tenaga secara perlahan-lahan sepanjang tempoh berpuasa. 




Dengan menggabungkan sains moden dan makanan Sunnah yang diamalkan oleh umat Islam, iaitu jintan hitam atau habbatus sauda, madu, zaitun, delima dan buah tin, formulasi ini mengandungi antara makanan yang paling awal ditanam sejak ribuan tahun lalu. Makanan ini memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat dan mempunyai kepentingan khusus dalam budaya dan tradisi. Kini kita semua dapat menikmatinya dengan mudah dan tidak perlu berbelanja besar untuk menikmati khasiatnya. 




Tekstur Surya S Great Grain yang halus, mudah dibancuh, berbau wangi serta sangat enak di minum.


Kebaikan dan khasiat Surya S Great Grain juga boleh dikongsi dengan orang lain di musim Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dengan kuih raya yang mengandungi ramuan istimewa iaitu Surya S Great Grain.

Harga Surya  S Great Grain



S Great Grain mula memasuki pasaran sejak empat bulan yang lalu dan ia boleh didapati di cawangan Watsons dan farmasi di seluruh Malaysia. Dijual pada harga RM39.90 untuk 15 sacet, produk ini boleh didapati dalam dua jenis pembungkusan iaitu pek plastik atau kotak.


Ikuti laman sosial Surya Malaysia untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.


Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/


Instagram:https://www.instagram.com/surya.malaysia/


Jom beli online di Shoppe : http://bit.ly/ShopeeSurya

Post a Comment

2 Comments

ina said…
resipi pls.. sedap tuu.Nak Cuba la jugak. Biskut raya sihat,kenyang pun ye nnt
Boleh ambil ni time sahur