Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Hari ini 18 Syaaban, dalam 11 hari lagi kita semua nak sambut Ramadan lepas tu raya... Minggu lepas huda settelkan beli baju raya pertama untuk anak-anak dan suami. Baju raya untuk diri sendiri masih belum beli, mungkin dalam masa terdekat ni nak beli kot.. 

Tahun ni beraya di kampung moyang The Arifs. Faham-faham jer la bila beraya di kampung dan di rumah kayu, huda fikir keselesaan anak-anak jer jadi kena pilih material dan cutting baju yang selesa dan tak panas. Setelah fikir masak-masak dengan suami, kami pilih baju kurta jer untuk anak-anak dan suami. Pakai dengan seluar hitam. Tema baju raya pertama kami adalah warna Emerlad Green. Kali pertama pilih baju warna gini untuk raya pertama. Korang pula tema baju raya warna apa tahun ni?



~ Bila settle urusan baju raya, boleh kita extra fokus pada menyambut bulan Ramadan. Ada rezeki lebih Ramadan nanti boleh memperbanyakkan sedekah, tak payah fikir nak shopping baju raya dah. 

2 comments:

  1. tak pernah ade tema since i love it simple and just go for any colour or style which suits me best.

    ReplyDelete
  2. Tahun ni anak bujang request warna merah..
    Kami layannn..

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]