Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Selamat Pagi! Selamat Hari Pekerja untuk semua. Kita dah masuk ke bulan ke lima dalam tahun 2019 ni. Bagaimana dengan pencapaian target anda tahun ni? Kalau korang masih "lost" dan perlukan inspirasi untuk terus mengejar impian jom kita tonton video luahan hati seorang lelaki yang kurang upaya ini yang mampu menyuntik inspirasi untuk kita agar lawan segala unsur negatif dan terus berusaha mencapai impian hidup! 





Profile  Khairul Nizam - Founder Jamumall.Com

FB : https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
FB PAGE : https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website :  https://jamumall.com/






Luahan di laman facebook beliau sangat memberi kesan kepada sesiapa sahaja yang menonton.. 






Di usia dengan keadaan cacat, aku bersyukur dengan kehidupan .Aku berjaya membina satu syarikat Jamumall Sdn Bhd , dan membina platform jualan jamumall.com, aku happy mampu beli ape ku nak , mampu makan yang mewah , mampu travel ke Dubai , Korea , Japan, Australia dan banyak negara aku dah sampai..Yang paling best aku dapat sediakan rumah mewah untuk keluarga , tanggung family dan bersedekah setiap hari ... 



Bukan nak riak ... tapi aku tau ramai sebenarnye org diluar sane nak jadi mcm aku ,nak banyak duit macam aku , nak bahagiakan family mereka macam aku .. tapi adakah mereka sekuat aku?? 



Lihatlah aku ... 



kehidupan aku dulu tak macam ni. Bayangkan anda di dalam jasad aku..makan perlu disuap , mandi perlu diuruskan , duduk perlu diangkat , dan tidor perlu dijaga , bukan mudah untuk aku meneruskan kehidupan seharian . 




Aku menanggung kehidupan ini bukan sehari ,bukan tiga hari , bukan seminggu , bukan sebulan tetapi bertahun tahun !!! Ade ketika saya rasa sangat terkesan bile ade ketika bile aku haus ,lapar , penat , takde org disisi .. tapi takkan aku nak mengharapkan mati??? Allah beri aku nyawa ,nafas , sedikit kekuatan jari dan akal mesti ade sesuatu manfaat yang aku buat ..


Aku cube merenung dan mengimbas kehidupan ramai org diluar ..kalaulah aku di beri tubuh fizikal sempurna , boleh berjalan , berlari , melompat pasti akan aku gunakan sehabis baik untuk beri manfaat pada org lain ...


Aku melihat ramai yang malas untuk ubah hidup sendiri ,ramai yang suka bagi bermacam alasan bile bekerja, ramai yang cepat give up bile ade cabaran !!


Ramai cube memilih untuk kerja senang ,tak naksusah , lebih memilih kehidupan susah tanpa usaha dengan kuat , sanggup berhenti kerja dan mengangur bertahun2 atas dasar ego boleh bergerak sendiri dan sanggup melihat keluarga dan org sekeliling susah, Paling terkesan nak bagi duit mak dan ayah, family pun tak mampu ... Aku sedih !!! Terdetik keinginan aku untuk bantu mereka ...


Jadi aku bangkit!!! Aku cuba buktikan pada masyarakat kehidupan adalah atas dasar bersyukur ..bersyukur dengan nikmat yang Allah beri dan jangan sia2 kan , aku bangkit untuk berimanfaat pada orang lain . Aku nak satu dunia nampak hanya 3 jari dan satu akal aku dapat melihat kegembiraan ,senyuman ramai orang -orang disekeliling aku ..



Kini aku sedar ..untuk berjaya dalam kehidupan , pekerjaan , mahu pun bisnes bukan mudah . Tetapi atas keinginan yang kuat ,kasih sayaang yang hebat , keberanian yang tinggi , suka berlajar dan improve diri , dan juga seorang yang berkomitmen tinggi membawa aku ketahap sekarang ..


Dan semua value yg ada dalam diri aku akan aku bawakan ke dalamsemua team aku dan masyarakat untuk mereka bangkit ,bersemangat , dan berjaya !!!  

Akhir kata ... kalau aku ada 3 jari dan akal mampu membina kehidupan sendiri dan kebahagiaan orang sekeliling ..anda ade berapa jari untuk ubah kehidupan?? Usia semakin meningkat, jangan tunggu lagi..kite je mampu ubah diri kita!! 
Jujur, hati ini terusik... Terus rasa malas tu lenyap, dan jom kita sama-sama bangkit!
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

1 comment:

  1. Memang sangat terkesan dengan cerita beliau. Bukan mudah nak kecap kejayaan tapi bukan susah untuk capai kejayaan

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]