Sarapan Pagi Kayu Keramat Cicah Kari Ayam

Sarapan Pagi Kayu Keramat Cicah Kari Ayam | Rutin pagi selepas hantar anak-anak ke sekolah, huda dan suami akan sarapan di luar.  Suami tanya, hari ni nak sarapan apa?
Huda masih terasa kenyang sebab malam semalam makan KFC. Makan lewat dari biasa semua sebab layan cerita Nur 2 di slot samarinda di TV3. Jadi tak terasa nak makan nasi dagang ke, nasi kerabu atau makanan yang berat pagi ni. Huda teringat pada kedai Kayu Keramat di persimpangan jalan berdekatan Petronas Gong Datok. 


Kami pun terus ke sana. Alhamdulillah kedainya buka dan ada parking betul-betul depan kedai. Rezeki sangat. Sebab biasa memang penuh parking depan kedai ni. Ada banner Kedai Kayu Keramat beserta nombor telefon sekali. 

Sampai ke kedai, nampak kayu keramat dalam dulang masih belum di goreng, nampak pakcik tengah tebar roti canai. Semua nampak sedap untuk hidangan sarapan pagi.


Istimewanya di sini pelanggan dapat melihat sendiri kayu keramat yang di goreng panas-panas kemudian terus dihidangkan. Ada pilihan nak makan begitu sahaja dengan Teh O Panas atau cicah dengan kuah kari ayam atau sambal . 

Harga Kayu keramat 
40 sen satu. 
3 pcs – RM 1.00

Harga Kuah Cicah
Kari Ayam – RM 1.00
Sambal – RM 0.50


Sebab huda dan suami takdela lapar sangat, sekadar mengisi perut di waktu pagi, kami berkongsi 1 mangkuk kecil kari ayam, dan 3 pcs kayu keramat. Minuman pula Air The Tarik ( RM1.30)



Wah, kos sarapan kami pagi ni hanyalah RM 3.30 sahaja . Terlajak murah ni.. 

Memang sedap makan di sini. Huda sempat berborak dengan makcik yang goreng kuih kayu keramat ni, dia bercerita tentang kedai beliau yang sudah beroperasi lebih 10 tahun. Patut lah sedap, mesti resipi turun temurun ni..

InshaAllah next time nak singgah sini sarapan lagi, bersama anak-anak pula. 



Post a Comment

1 Comments

Radhia Razali said…
nampak sedapnya..harga pun murah