Sambut Hari Kesedaran Autism Bersama McDonalds dan Manis FM di SK Seri Budiman 2





Pada 2 April 2019 yang lepas, huda luangkan masa utuk sertai Program Komuniti  McDonalds & RMHC berkolaborasi dengan Manis FM untuk meraikan Hari Kesedaran Autism di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman 2, Kuala Terengganu.



Huda bersama rakan blogger, Sis Gee dan juga blogger partner huda Afiz Latif sampai ke SK Seri Budiman 2 seawal 8 pagi. Kami bersama-sama dengan kakitangan McDonalds membuat persiapan untuk Majlis Sambutan Hari Autism di sini. Kami di menghulur kudrat menyediakan 60 biji belon untuk di beri kepada 60 pelajar yang terlibat dalam majlis ini.




Lebih kurang dalam pukul 10 pagi, majlis pun di mulakan oleh DJ dari Manis FM - Manis Manis Pagi iaitu Mat Dan , Kai dan Nura.




Aktiviti Majlis Sambutan Hari Autism di  SK Seri Budiman 2

1) Games Menyanyi Lagu Baby Shark dan Chicken Dance







2. Acara Potong kek beramai-ramai



3. Sesi bergambar









4. Waktu Makan Pagi - setiap murid dapat set Happy Meal lengkap dengan mainan Thomas & Friends. Bukan main seronok semua kanak-kanak istimewa ni...







Ini merupakan kali pertama huda hadiri majlis kebajikan McDonalds dan Manis FM dalam memeriahkan Hari Kesedaran Autism. Alhamdulillah, semoga usaha murni kami semua di berkati Allah dan semoga anak-anak istimewa ni gembira. 

Post a Comment

1 Comments

Radhia Razali said…
keep it up McD..teruskan lagi dengan projek csr sebegini