Review Paya Bunga Hotel Terengganu - Hotel Patuh Syariah Terbaru di Kuala Terengganu | Alhamdulillah... Dah lama target nak bawa The Arifs bercuti di Paya Bunga Hotel Terengganu yang terletak di pusat bandar Kuala Terengganu. Tunaikan hajat anak- anak nak enjoy weekend dengan stay di hotel. Ada rezeki lebih boleh la huda sponsor family weekend staycation di bulan April ni... Alhamdulillah rezeki bonus dari Cuckoo Malaysia ( pstt... kalau korang nk pasang produk cuckoo roger2 huda yer ! )
Lokasi Paya Bunga Hotel Terengganu
Hotel Paya Bunga terletak dilokasi yang sangat strategik di tengah bandar Kuala Terengganu. Terdapat tiga kompleks disekelilingnya iaitu Paya Bunga Square (UTC) , Paya Bunga Sentral dan Paya Bunga Plaza. So nak pergi tengok wayang, nak pergi main bowling atau nak makan sedap-sedap ( ada subway, Seoul Garden, Sushi King , Boat Noodle ) semua berdekatan dengan hotel. Selain tu nak shopping pun dekat juga dengan Pasar Payang.
Mahal tak Paya Bunga Hotel Terengganu ?
Maklumlah, hotel baru dan hotel patuh syariah pula tu, harga pun "standard" untuk hotel taraf 4 bintang.
Bila bab bercuti dan tempah hotel, huda memang expert cari rate yang terendah. Hehe.. selagi kita boleh jimat , kita jimat lah kan.. setelah survey di beberapa apps tempah hotel, huda jumpa juga rate yang paling rendah. Huda tempah di Hotels.com dengan rate 1 malam RM 144.00 termasuk tax. Ramai juga yang bertanya berapa rate untuk stay di hotel paya bunga ni. Korang boleh klik link >> https://www.payabungahotel.com/reservation<< untuk ketahui rate sebenarnya. Paling murah RM 160 untuk bilik superior.
Bilik kami - Superior Room
Di dalam bilik dilengkapi dengan TV , Kettle dan set kopi & teh , peti sejuk mini, alat pengering rambut , safety box, dan set seterika. Bilik air pun biasa jer, ada shower dan kelengkapan mandi.
Best yer bila cek in di hotel yang patuh syariah ni, di sediakan di dalam bilik sejadah , senaskah Al- Quran tafsir dan juga buku panduan solat musafir. Bagus kan?
Kemudahan Paya Bunga Hotel Terengganu
1) Kolam Renang
Kolam renang berada di tingkat 11 , Hotel Paya Bunga ini merupakan kolam renang aras tinggi pertama di Kuala Terengganu dan boleh melihat pemandangan rooftop yang indah sekitar Bandaraya Warisan Pesisir Air Kuala Terengganu. Seronok tengok anak-anak enjoy swimming kat sini dan lepas penat main air tengok view cantik bandar Kuala Terengganu. Nampak tak jambatan ikonik Kuala Terengganu? Tak sabar nak lalu jambatan baru, lepas ni dekat dah kami nak ke bandar dari rumah.
2) Gymnasium
Gymnasium yang dilengkapi dengan alat senaman terbaik juga ada disediakan kepada tetamu Hotel Paya BungaTerengganu. Nak masuk bilik gym ni menggunakan akses kad yang sama untuk masuk ke bilik.
Restoren yang terletak di aras 11, berhadapan dengan kolam renang. Memang tenang makan kat sini dengan alunan zikir. Semua juadah yang kami makan ketika sarapan semua sedap-sedap!
Owh ya, untuk bulan Ramadan yang akan datang, ada promosi best berbuka puasa kat sini. Teringin juga nak berbuka kat sini nanti.
4) Surau
Surau yang luas , selesa dan bersih. Paling best siap ada solat jemaah. First time jumpa hotel macam ni.
Honest Review Paya Bunga Hotel Terengganu
Ini bukan review berbayar yer, jujur dan tulus dari hati. Pada awal cek in huda agak kecewa dengan sistem parking. Huda ikut jer la signboard untuk ke parking hotel, sampai tingkat 1 ada palang. Try tekan2, tak de pulak kad parking kuar. Nasib ada kaunter di sebelah palang tu. Huda pun keluar dan tanya staff yang bertugas. Rupanya kalau nak pergi parking hotel ke tingkat 6 kena pergi cek in dahulu dan dapatkan tiket parking dengan deposit RM 50 baru lah boleh naik ke parking hotel di tingkat 6. haish... Dalam hati takkan nak kena u-turn plak ni. Jadi huda minta suami parking ke tepi sikit di tingkat 1 dan tunggu huda uruskan hotel cek in di lobby hotel.
Dari tingkat 1 parking tu, huda mencari-cari sign board untuk ke lobby hotel. Takde langsung!! Huda masuk ke UTC dan turun ke ground floor. Mencari-cari signboard untuk ke hotel. Aduh tak jumpa langsung. Last-last huda tanya di kaunter UTC di groud floor. Rupanya kena keluar pintu UTC dan jalan sikit dan masuk ke pintu lobby hotel. Haish.... Ingatkan macam hotel lain yang huda pernah cek in, kalau merge dengan mall ni, ada la pintu masuk dari mall. Rupanya memang takde, kena keluar dan jalan sikit masuk pintu lain.
Sampai jer lobby, jam dah pukul hampir 3.30 pm. Huda harap urusan cek in cepat, sebab suami dan anak-anak dah tunggu kat tingkat 1, parking betul-betul tepi palang nak masuk parking. Kecewa lagi... hampir 15 minit tunggu, alasan bilik masih belum ready. Aduh! nak dekat pukul 4 bilik masih tak ready ke? Huda minta bagi tiket parking dulu dengan bayar deposit RM 50 dan terus berjalan ke parking tingkat 1 untuk parking kereta di tingkat 6 hotel.
Masa cek out pun, kena keluar dari parking hotel dulu, dan lepas cek out dan pulangkan kad parking pun baru dapat semula deposit RM 50.
Semoga akses parking dapat dipermudahkan lagi untuk customer. Ini pengalaman pertama huda hadapi isu parking yang agak rumit. Dan juga semoga urusan cek in lebih cekap.
Bab kemudahan semua huda puas hati. Makanan pun okay lah.
Staff di hotel ni pun semua baik-baik. Overall puas hati cuma isu parking dan bilik lambat siap tu jer lah.
Adakah akan repeat lagi bercuti di Paya Bunga Hotel Terengganu?
InshaAllah, akan repeat lagi sebab anak-anak enjoy swimming kat sini dan huda juga enjoy permandangan cantik bandar Kuala Terengganu.
Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini , follow media sosial Paya Bunga Hotel Terengganu
FB : https://www.facebook.com/PayaBungaHotelTerbaik/
IG : https://www.instagram.com/payabungahotelterengganu/
23 Comments
www.maisarahsidi.com