Program Komuniti McDonald's Meraikan Graduan Perubatan (Tajaan Yayasan Terengganu) Volgograd State Medical University


Pada hujung minggu yang lalu , huda bersama rakan blogger Sis Gee berserta 4 orang krew Program Komuniti McDonald's turut serta dalam Majlis Apresiasi Graduan Volgograd State Medical University yang di taja oleh Yayasan Terengganu.  


Ini merupakan kali kedua huda turut serta program charity McDonalds cawangan Kuala Terengganu pada tahun ini. Kali pertama, korang boleh baca kat SINI. 



Kami berdua menjadi rakan media untuk  Program Komuniti McDonald's pada majlis Apresiasi Graduan Volgograd State Medical University ( Tajaan Yayasan Terengganu) . Seronok berpeluang menghadiri majlis yang penuh bermakna untuk graduan yang berjaya menamatkan pelajaran mereka dalam bidang perubatan.



Seramai 32 graduan anak jati Terengganu yang berjaya menamatkan pelajaran mereka selepas 6 tahun menuntut ilmu perubatan di Volgograd State Medical University , Rusia. 



Tahniah bakal Doktor yang bakal berkhidmat untuk masyarakat


Majlis Apresiasi Graduan Volgograd State Medical University ( Tajaan Yayasan Terengganu) ini turut di hadiri oleh wakil dari Rusia dan juga wakil dari Yayasan Terengganu.


Majlis ini merupakan kali kedua majlis graduasi untuk mereka. Yang pertama pada Januari 2019 di Russia, dan kali ini mereka berpeluang menerima sijil tamat pengajian di hadapan ibu bapa dan keluarga yang tidak dapat hadirkan diri ke Rusia.


Setelah tamat majlis ini, semua graduan dan keluarga diberi Chicken Burger secara percuma.

Tahniah untuk semua graduan yang berjaya. Selamat menempuh alam perkerjaan dan istiqamah berkhidmat untuk masyarakat.

Terima kasih McDonalds Malaysia yang sama-sama memeriahkan majlis yang cukup bermakna buat mereka.

Post a Comment

0 Comments