Bermula hari Khamis 21/3/2019 huda dan keluarga hadiri media preview The Adventurers' Web di Aeon Mall Nilai. Lepas habis event , balik kampung huda di Muar , Johor sampai lah hari Rabu pagi 27/4/2019.

Yeay, gambar The Arifs masuk paper! Kenangan event di Aeon Mall tempoh hari.
Sepanjang di kampung penuh agenda. Agenda utama adalah kenduri tahlil di rumah abah, yang kini dijadikan sebagai homestay. Kali pertama buat kenduri tahlil di rumah kedua kami. Akhirnya lepas berapa kali bertangguh capai juga hasrat mak. Abang huda masak Beriyani Gam Ayam Kampung. Sedap sangat, mujur masak banyak dan banyak lebih, memang lebih 10 kali huda makan rasanya dalam masa 3 hari..hihi...
Sehari sebelum habis cuti-cuti balik kampung Johor, adik beradik huda ajak pergi Pantai di Parit Penyegat. Boleh la layan view petang yang cantik kat sini. Sian diorang nak tengok pantai yang cantik, jauh kan nak pergi pantai timur.. Ni dapat pergi pantai yang jarak setengah jam dari rumah pun jadi lah.. Huda pula memang puas dah melayan view pantai, rumah di Terengganu memang dekat sangat dengan pantai, hihi...
Pagi Rabu , lepas breakfast, Huda pick up The Azfars dari rumah diorang kat bandar dan bawa diorang road trip "sekejap" ke Aeon Mall Nilai.


The Arifs dok cerita pasal pengalaman diorang masa media preview tempoh hari. The Azfars pun teruja nak pergi sekali. Kebetulan ada extra tiket so huda bawa diorang berempat spend "cousin quality time" sama-sama. Lepas ni nak jumpa memang kena tunggu cuti sekolah hujung bulan 5 nanti.

Petang Rabu pula, huda terus ke KL untuk hadiri media preview Bufet Iftar Ramadan di Seri Pacific Hotel KL. Esok nya hari Khamis pagi, terus balik ke Kuala Terengganu
Duduk rumah tak sampai sehari, lepas settlekan urusan dobi baju, pack baju semula untuk ke rumah mertua di area Batu Buruk, Kuala Terengganu. Cousin The Arifs dari KL balik kampung teganu nak jumpa. Sebab diorang ada dari hari Jumaat sampai Ahad, The Arifs pun cuti duduk rumah Ki dan Tok Ma 3 hari 2 malam, dan buat cuti sendiri hari Ahad lepas..hihi...
Bila semua adik beradik berkumpul, apa lagi, wajib la buat makan-makan kan? Sempena birthday Ki minggu lepas, kira belated birthday BBQ dinner untuk Ki pada hari sabtu lepas.

2 hari berturut-turut pergi breakfast picnic. Pagi sabtu di Lagun Kuala Ibai dan pagi Ahad pula di Pantai Chendering.

Cuti sekolah kali ni juga The Arifs murah rezeki bila dapat "tiket wayang sponsor" dari mak long diorang untuk layan filem terbaru Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Dapatlah diorang enjoy first movie together . Comel jer kan Arif dan Amani. Simpan gambar ni buat kenangan diorang.

2 Comments