Tarikan Terbaru di Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web

Tarikan Terbaru di Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web | Jalan-jalan cuti sekolah penggal pertama 2019 ni huda mulakan dengan bawa The Arifs menerokai tarikan terbaru di Aeon Mall Nilai yang diberi nama The Adventurer’s Web. Ini merupakan pertama kali huda menjejakkan kaki ke Aeon Mall Nilai yang baru sahaja dibuka lebih kurang 3 bulan lepas. Memang teruja masuk Aeon Mall Nilai ni dengan konsep The Active Mall. Macam-macam tarikan menarik dan pilihan shopping dan tempat makan yang banyak!



Sampai jer Aeon Mall Nilai, kami sekeluarga terus melangkah ke The Adventurers' Web yang  terletak di tingkat 2 ( bersebelahan Restoran Pizza Hut) . Jom kita kongsikan lebih lanjut apa yang ada di sini.

Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web


Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web yang berkeluasan 2440 kaki persegi ini  ini mempunyai tiga zon iaitu :-

1) The Dinosaur Rangers



Zon The Dino Rangers  merupakan zon terbesar di The Adventurers' Web yang berkeluasan 1700 kaki persegi . Dalam ini ada lebih 10 life-like dinosaur , yang bergerak -gerak tau. Memang teruja anak-anak tengok. Selain itu pengunjung boleh menerokai Raptor Maze, menaiki interaktif kart drives, menggali fosil dinosaur dan menyaksi life show dinosaur yang sungguh menarik di education hub. Satu pengalaman yang sangat seronok di sini, so korang pun wajib bawa anak-anak terokai The Dinosaur Rangers ni.

Aktiviti Menarik di The Adventurers’ Web

Aktiviti Menarik di The Adventurers’ Web - Pengalaman menarik , Adik Arif Hakim memberi susu pada baby Dinosaur . 

Bersama rakan-rakan media yang turut serta dalam Media Review The Adventurers’ Web yang berlangsung semalam. 



2. Monster House


Zon Monster House berkeluasan 250 kaki persegi ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu :-


  1. Family base - cute & cheeky Little Monster
  2. Extreme base - Creepy and Scary Experience


Terdapat 13 bilik yang menakutkan iaitu :-


  • Monster Room
  • Portal
  • Alive Forest
  • Door of Choice
  • Burial Narrow Walk
  • Clown Room
  • Creepy Corridor
  • MORGUE
  • Slaughter House
  • Infinity Monster Cage
  • Photo room
  • Zombie Hands
  • Hanging Head

Ada berani?? Jom terjah masuk Monster House di Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web


3) Mini Science Discovery Centre




Zon Mini Science Discovery Centre ini adalah usahasama dengan Tech Dome Penang. Zon ini berkeluasan 490 kaki persegi yang sesuai dikunjungi oleh seisi keluarga. Berhibur sambil belajar tentang sains dan teknologi.


Teruja bergambar dengan Robot UBTECH yang buatkan huda teringat pada Baymax dalam movie Big Hero 6.


Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk kanak-kanak seperti Interactive Ball Wall, AR SAND BOX, pertunjukan Robot UBTECH dan juga robotik workshop. Terdapat juga reverse bungee yang menarik untuk dicuba sambil belajar tentang konsep graviti.


Promosi Menarik Sempena Pembukaan The Adventurers’ Web,  Aeon Mall Nilai


Sempena dengan pembukaan Adventurers' Web pada 23 Mac 2019 ini,  200 tiket akan diberikan secara PERCUMA dan pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah.
Andai kata korang tak sempat menjadi 200 pengunjung yang bertuah tu, korang boleh dapatkan tiket masuk ke Adventurers' Web ini dengan RM25 sahaja!!! Promosi ini sah pada 23hb Mac 2019 sahaja yer!



So apa lagi, pastikan esok bawa anak-anak ke sini yer!

Harga tiket The Adventurers’ Web,  Aeon Mall Nilai



Berikut adalah harga tiket Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web untuk rujukan. 

Waktu Operasi  Aeon Mall Nilai – The Adventurers’ Web

Ahad - Khamis: 10pagi - 10 malam

Jumaat, Sabtu & Hari Cuti Awam: 10 pagi- 10.30 malam


Jom  LIKE dan FOLLOW media sosial Aeon Mall Nilai  untuk maklumat terkini dan promosi semasa :-

Website:
www.aeonretail.com.my

Facebook :
https://www.facebook.com/aeonmallnilai/

Instagram :
https://www.instagram.com/aeonmall_nilai

The Adventures Web
Tingkat 2 – Entertainment Hall
AEON Mall Nilai
No 2, Persiaran Pusat Bandar,
Putra Point, Putra Nilai, Nilai
Negeri Sembilan

9 comments:

  1. Bawak si kembar mesti depa enjoy ni

    ReplyDelete
  2. Alaa tak pergi lagi aeon nilai ni

    ReplyDelete
  3. Huda yg jauh pun dah sampai.. Kami ni entah bila la nak pg.. Menarik kalau bawak anak anak ni..

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. Ada budak2 seronok bawak ni...

    ReplyDelete
  5. Wah menarik. Sangat ni.. Macam-macm ada dalam satu vangunan.. Esok free tiket syoknyaa

    ReplyDelete
  6. Kena serbu ni, dah dekat dgnrumah

    ReplyDelete
  7. Wah... Nampak menarik sekali. Seronok ni bawak anak anak, cuti sekolah pun dah dekat ni

    ReplyDelete
  8. Bestnyaaa. Ni tak sabar nak pegi nk. Fiza pun tak penah pegi lagi Aeon Nilai

    ReplyDelete
  9. Belum pernah berkesempatan lagi nak pergi aeon nilai ni.

    ReplyDelete