Review Safi Expert Solution




Review Safi Expert Solution | Huda sangat teruja apabila diberi peluang menjadi antara yang pertama di Malaysia merasai kehebatan produk terbaru dari Safi yang bakal dilancarkan. Rangkaian produk Safi Expert Solution yang sangat hebat dari segi teknologi , kajian klinikal dan juga pembungkusan yang nampak eskslusif membuatkan huda sangat yakin untuk menggunakannya dalam rutin kecantikan setiap hari.



Safi Expert Solution : Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation


Produk utama dalam Safi Expert Solution adalah Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation. Terdapat 2 Step Multi-Action Ampoule System di mana ia diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology yang efektif untuk memudarkan Age Spot, UV Spot dan parut jerawat.
Sekaligus mengekalkan kelembapan kulit wajah menjadikan lebih anjal, cerah dan sihat. Kesannya boleh dilihat seawal 2 minggu selepas menggunakannya.

Cara penggunaan :
2 kali sehari iaitu pagi & petang selepas mencuci wajah.


Step 1 - Renewal Hydra Complex


Titiskan sedikit di telapak tangan, kemudian dap rata Renewal Hydra Complex ke seluruh wajah dengan perlahan. kemudian diteruskan dengan Step 2.

Step 2 - Supreme Anti-Spots Complex


Titiskan Supreme Anti-Spots Complex di telapak tangan, kemudian dap rata ke seluruh wajah dengan urutan secara menaik.

Recommendation
-  Gunakan Safi Expert Solution Intensive Ampoules - Anti Hyper Pigmentation selama 1 bulan. dan ulang pada bulan terikutnya (selang 1 bulan)  untuk mengurangkan kesan gelap (dark spots) 
- Gunakan SAFI Rania Gold Youthful Elixir pada resting period untuk memastikan kulit yang bebas cela. 
- Penggunaan Waktu Pagi : Disyorkan menggunakan SAFI Rania Gold Moisturising Day Cream SPF25PA++IR selepas menggunakan Ampoule 2 untuk kesan yang optimum. 

Safi Expert Solution : Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin



Cara penggunaan :

Ratakan di wajah yang sudah dicuci bersih




Urut dengan lembut dengan secara bulatan sehingga bertukar menjadi titisan susu seperti gambar di atas. Teruskan mengurut dengan lembut dan ratakan keseluruh wajah sehingga meresap sempurna

Keistimewaan Safi Expert Solution : Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin



  • Kandungan yang bebas dari Mineral Oil, Bebas Alkohol, Bebas Paraben, dan tiada animal testing. 
  • Diperkaya dengan NMF Activator Technology & Ultra-Micro Hyaluronic Acid yang merangsang kulit menjadi lembab dan kekal terhidrat. 
  • Dengan formulasi Hydra-Boost capsules yang berubah menjadi titisan susu dengan cepat dan sangat mudah diserap oleh kulit. 

  • Terbukti secara klinikal 
    • - instant moisture boost 280%
    • - 72 jam Non-stop moisture supply
    • - 92.5% menguatkan pertahanan kulit
    • - Penggunaan selepas sebulan akan mencerahkan kulit dan meningkatkan keanjalan kulit



Review dari Huda selepas menggunakan Safi Expert Solution ini adalah huda sangat-sangat jatuh cinta dengan kesan positif pada kulit wajah seawal pertama kali penggunaannya.  Ini merupakan pertama kali huda menggunakan produk kecantikan dalam bentuk Ampoule keluaran Safi. Tekstur yang ringan, bau yang menyenangkan dan mudah diserap ke dalam kulit, menjadikan produk Safi Expert Solution ini pilihan terbaik untuk semua wanita yang idamkan kulit bebas cela dan atasi masalah pigmentasi. 


Tambahan pula dengan penggunaan Safi Expert Solution : Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin , menjadikan kulit muka semakin lembut dan terasa kulit semakin anjal! Huda sangat-sangat terpikat dengan tekstur dan juga titisan susu yang terhasil ketika menggunakan serum ini. Huda sangat syorkan semua wanita yang ada masalah kulit yang kering menggunakan serum ini. Ia sangat-sangat berkesan! 

Nanti bila Safi Expert Solution ini sudah berada dipasaran, cepat-cepat beli dan rasai sendiri kehebatan produk terbaru dari Safi ini, huda yakin anda pasti akan jatuh cinta! 


Post a Comment

7 Comments

Cik Ash said…
Best pakai produk ni
Sue Izza said…
bagus safi ni produk untuk semua lapisan umur...
Unknown said…
sy mmg suka produk safi... baru je beli yg terbaru utk treatment ni... tp xpaham cara pakai. . blh x sesape tlg explain... kena pakai step 1 pas2 da siap sapu tu pakai yg no. 2 plk ke cmne ye?
Huda Halid said…
yer betul, pakai no 1, kemudian pakai botol yang label no 2.
Farah said…
Saya ada serum, bila perlu apply yer sebelum atau selepas ampoule tu
Anonymous said…
Cara pemakaian macam mana? Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation dulu baru pakai Milk Drop Serum atau sebaliknya?
Unknown said…
Pkai yg no.1 dlu, bila dah meresap pkai yg no.2 pulak. Last skali pkai milk drop serum dan ratakn pd muka hingga bertukar kpd putih susu.sy lihat video kat YouTube,mmg hasilnya gojez....