Review Penapis Air Cuckoo King Top


Review Cuckoo King Top |  Yeay, wishlist 2019 nak pasang penapis air Cuckoo di rumah sendiri sudah tercapai! Model pilihan huda adalah King Top. Nak tahu kenapa huda pilih model ni dan berapa huda kena bayar setiap bulan? Teruskan membaca entry ni sampai habis yer!

Kenapa Huda Pilih Penapis Air Cuckoo?


Sebab utama huda yakin dengan produk penapis Air Cuckoo ni, hampir semua adik beradik huda gunakan penapis air jenama ni tau! Dengan 6 stage penapisan air ia mampu menyingkirkan 99% bacteria dan virus, membuang bahan-bahan yang memberhayakan kesihatan seperti logam berat dalam masa yang sama mengekal mineral penting dalam air. Penapis air Cuckoo juga ada Nano Positive Filter yang mana menyerap elemen yang bercaj negatif yang memudaratkan kesihatan.


Wah, memang betul- betul ada "standard" kan penapis Air Cuckoo ni!


Kenapa Huda Pilih Penapis Air Cuckoo - Model King Top?


Sebelum kita memilih model mana yang patut kita beli adalah cek dahulu berapa orang isi rumah dan anggaran berapa liter diperlukan dalam sesuatu masa. Macam huda, family kecil jer, spesifikasi produk penapis air model King Top ini menjadi pilihan hati. 
 Penapis Air Cuckoo - Model King Top ada 7 pelarasan suhu yang sangat mudah nak guna. . Selain itu, Penapis Air Cuckoo - Model King Top merupakan harga yang paling mampu milik!



Berapa Huda Bayar untuk Penapis Air Cuckoo - Model King Top?


Harga paling murah untuk Penapis Air Cuckoo - Model King Top adalah RM 75.47 sebulan selama 5 tahun ( 60 bulan) . Huda rasa 5 tahun itu lama sangat la pulak nak kena bayar tetiap bulan, jadi huda pilih jangka masa yang paling singkat iaitu 18 bulan ( dalam setahun setengah sahaja , jadi kena bayar sampai September tahun depan sahaja) . Setiap bulan huda perlu bayar RM 122.64 sahaja . Selepas habis bayar, penapis air ini akan jadi hak milik kami dan hanya perlu bayar servis untuk tahun berikutnya ( selepas tahun 2020). 

Berminat nak beli produk Cuckoo???



Owh yer, huda sekarang ni selain dah gunakan Penapis Air Cuckoo, huda juga sudah mendaftar sebagai Natural Executive Cukoo. So kalau korang nak dapatkan produk Cuckoo boleh hubungi huda terus. Sekarang mudah sangat, register semua online tau, so kat mana pun korang berada boleh huda uruskan order korang. Dan Staff Cuckoo di kawasan korang akan datang ke rumah untuk proses installation. Memang sangat mudah, semudah A B C jer sekarang!

Nak order Cuckoo , boleh klik jer link whatsapp ni >> http://cuckoobyhudahalid.wasap.my


Post a Comment

19 Comments

Suria Amanda said…
Teringin nak ada penapis air cuckoo ke atau jenama lain ke...kat rumah sebelum ni guna jenama lain...rasanya hujung tahun ni boleh ada satu kot...
Syamimi Saad said…
Setakat ni tak pakai prnapis air pun dekat rumah. Selalu husband ambil air penapis je. Dia ada juga sebut kata nanti nak kena beli juga penapis air. Cuma tak sure je la jenis yang macam mana.
Hanny Abdullh said…
Sejak sis duduk kat rumah skrg ni memang tak pakai dah penapis air mcm ni sebab dah pasang filter air yg besar kat depan rumah. So air yg masuk ke rumah mmg dah difilter n selamat digunakan
Mimie said…
Ramai yang cakap jenama Cuckoo ni memang bagus dan terbaik Memang sekarang ni oun duk recce penapis air jenama Cuckoo ni Nak pasang tahun depan annti. Tahun ni banyak komitmen tak boleh lagi. Nak try jugaklah Penapis Air Cuckoo King Top ni nanti. Nampak best pulak guna jenis ni
cindyrina said…
Memang cita cita nak penapis air ni . Tapi nanti la pindah rumah baru baru cari. Lambat lagi kot. Banyak betul dengar org cakap brand ni bagus.
Izaramli said…
Iza baru bercadang2 nak pasang1 kat umah. Hari tu husband dah tengok2 dah. Senang kalau ada 1. Iza pun maybe amik model ni jugak sebab paling murah.
JMR said…
wah bijak ni..di samping mengguna penapis air cuckoo ni, boleh menjana pendapatan juga ye.bijak bijak..
CXopportunities said…
Cuckoo ni makin femes sungguh sekarang ni. Dok berlawan² dengan satu lagi jenama. Terbaiklah. Cx pon nanti kalau ada rumah sendiri, mmg nk pasang juga penapis air. Bagi permudab urusan kerja dkt rumah. Lagi cepat dan pantas
Rawlins GLAM said…
Setiap rumah memang wajib ada penapis air - untuk kesejahteraan semua kan. Tak kisah jenis apa pun, ikut kemampuan dan keperluan seisi rumah. Rawlins pakai Bio Evolve je.
Emi said…
Kat ofis emi pun memang guna cuckoo. Cadangnya nanti lepas dah tak menyewa rumah bujang, nak pasang cuckoo jugak.
penaberkala said…
Menarik dia punya pakej. Boleh buat pilihan nak bayar banyak mana untuk sebulan dan berapa lama tempoh pembayaran. Kalau saya pun nak pilih shorter period. Lagi cepat habis bayar, lagi lega rasa.

Btw,nice juga design produk Cuckoo ni. Aish, rasa berkenan pulak tengok ni. Best kalau dapat pasang satu kat rumah
mrsliez said…
memang kualitiair kita takbersih sangat.. dan makin banyak penapis air dipasaran. kena pandai cari dan tanya pendapat org yang tahu. sekarang penapis air ada macam-macam jenis dan function. memang jimat masa dan air terjamin bersih
precious cla said…
Allright model tu comel :D
Ramai yang join cuckoo ni termasuk my cousin, tak hanya beli tapi terus jadi agent.
Nadia Johari said…
Memg mudah kalai pakai penapis air mcm ni.. Semua keje senang.. Tak perlu masak air, tekan je dah keluar air pans, air sejuk.. Nad pun teringin.. Tapi belum ade rezeki lago nak pakai. .
dr-Life said…
Interesting review about this but too bad... I already have other brand used at home. If I have friends bed such information, for sure will share your link to them. So detail and understand easily...
Zharif Azis said…
Penapis air nie kena pandai pilih sebab banyak pengeluar mengeluarkan servis yg sama. Nampaknya cuckoo nie nampak lebih terjamin dan bagus. Okay nanti nak survey jugaklah
oh the Cuckoo King Top looks good to use. I always use water filter for my house too. can't use the paip water only coz not clean enough
Sunshine Kelly said…
I nampak ramai juga yang dah start guna water filter ini. I personally have not try this brand yet, but it looks bagus to me, will check it out.
Absolute Yana said…
Hari2 lalu Cuckoo booth kat Paradigm Mall...i agree that water filters are important...but tula kena tunggu got a bit more money to get this filter for my own.