Nota Syukur Mac 2019

Alhamdulillah...
Hari ni badan rasa segar, dan terasa nikmat sihat Allah dah kembalikan...
Semua nikmat dalam dunia ni pinjaman semata. 
Bila Allah tarik nikmat , Allah nak uji kita sama ada kita sabar tak...
.
Alhamdulillah, huda redha dan pasrah, 2 minggu yang berlalu penuh ujian ,tahap kesihatan merosot..
Mungkin letih travel, tersilap makan dan tak cukup kuat imun sistem. 
.
Bermula episod demam, batuk selesema pada penghujung Februari. 
Saat huda baru menarik nafas lega bila demam dan batuk berkurang, Allah hadiahkan satu lagi ujian Allergik yang paling teruk dalam sejarah hidup huda.

Biasa lepas makan ubat dan sapu ubat dari farmasi, sehari dua allergic beransur pulih. Namun, kali ini Allah uji hebat. Lepas makan ubat dan sapu ubat tiada perubahan pun...
Akhirnya huda pasrah, suami bawa berjumpa doktor. 



Selepas mendapat rawatan dan injection badan terus rasa lemah, dan kesan gatal-gatal allergik berkurang. Harapan huda agar allergik akan terus sembuh selepas berjumpa doktor, namun ianya semakin menjadi pada waktu malam. Makan ubat dan sapu krim sambil menahan rasa gatal allergik dari atas kepala hingga ke hujung kaki. Walau sakit, huda tetap bersyukur, biarlah huda di uji, dan Allah lindungi suami dan anak-anak huda.

Hari berganti hari, hampir seminggu juga huda menanggung kesan allergik.
Suspek makanan yang trigger allergik reaction adalah KACANG!

Mula-mula memang terasa pelik dan musykil, sepanjang 32 tahun hidup, elok jer makan kacang ni... Tapi huda ada buat research sikit, memang allergik akan berlaku di sebabkan kesan penuaan.. Kiranya Aging Allergy lah ni... Insaf... diri makin tua, makin dekat dengan penghujungnya.

Banyak hikmah yang Allah nak tunjuk pada huda sepanjang ujian sakit back to back ni...
Antaranya menjadi hamba Allah yang lebih bersyukur, lebih bersabar dan positif.
Walau banyak perancangan huda tergendala, tapi kita sebagai hamba Allah semestinya yakin, perancangan Allah jauh lebih hebat dari plan kita yang tak pasti jadi tu.

Alhamdulillah. Alhamdullilah. Alhamdulillah.
Atas segala nikmat dan ujian.

Post a Comment

3 Comments

xyh makan kacang sgt la. nt naik jerawat. hihihi.. smoga sntiasa dberi kesihatan yg baik
mamapp said…
alahai.. gws laling
Semoga terus sihat dan kuat kak.. Hihihi