Misi Shopping Baju Raya untuk The Arifs - Part 1


Kelmarin, lepas habis event media preview The Adventurers' Web di Aeon Mall di Nilai, huda teruskan misi seterusnya iaitu Misi Shopping Baju Raya untuk The Arifs. Awal yer dah planning beli baju raya? Huda kalau boleh memang tak nak shopping raya time bulan puasa, so bulan rejab dan syaaban huda akan fokus siapkan shopping baju raya sikit-sikit demi sikit, supaya tak la terasa terbeban kan? Shopping raya Part 1 ini, fokus baju raya untuk The Arifs jer.



Budget untuk baju persalinan raya kedua dan ketiga dan keempat dan juga 3 pasang baju tidur yang baru untuk The Arifs adalah RM300.00. Rezeki goodies job kelmarin dapat Aeon cash voucher. Kumpul cash voucher yang huda dan encik suami dapat , fokus untuk beli baju anak-anak jer. Takde satu sen pun untuk diri  sendiri ... Baju raya pertama , baju melayu sedondon tak cari lagi, hehe... 

Nampak macam banyak jer RM300 tu, tapi over budget juga time shopping. sampai terpaksa tapis berkali-kali baju yang amik dan kena letak balik, dan kena tambah duit sendiri jugak dalam RM70. So total shopping baju raya The Arif Part 1 ni habis dalam RM 370.00!


Misi seterusnya nak cari baju kami sekeluarga sedondon untuk raya pertama nanti! Hope dapatlah settle semua cuti sekolah ni, sebab bulan 4 plan nyer nak fokus pada kerja tak travel ke mana-mana, bulan 5 bulan fokus menghayati keindahan Ramadan jer. Tak suka shopping last minit.

Semoga murah rezeki dan target semua tercapai.InshaAllah

Post a Comment

1 Comments

Ina said…
baju budak lelaki mahal-mahal kan huda? Bestnya beli baju raya dah ek. Ina masih belum membeli lagi nii. Kebiasaannya memang suka last minit Ina.