Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Menikmati ‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’  Iftar Bufet di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. | Kelmarin, huda sempat hadiri media review untuk Ramadan iftar buffet di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.Tahun ini tema‘SajianTradisi Zaman ke Zaman’ yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional yang terkenal mengikut 14 negeri-negeri Malaysia bermula dari Utara, Selatan, Timur hinggalah ke Barat Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Terdapat juadah-juadah kesukaan masyarakat majmuk di Malaysia seperti makanan ala barat, Jepun, Cina dan India. 

Lokasi Bufet Ramadhan di Seri Pacific Hotel


Pada tahun ini lokasi Bufet Ramadhan di Seri Pacific Hotel adalah di Tingkat 4, Atrium sehinggalah kolam renang dan juga di aras lobi. Restoran Zende.

Menu Menarik Berbuka Puasa di Ifar Bufet Seri Pacific Hotel

Penuh pinggan huda, sebab amik semua lauk-pauk yang berasal dari resepi tradisional pelbagai negeri di Malaysia

Menu utama bila berbuka puasa pastinya adalah nasi berlauk. Keunikan di sini, lauk pauk yang di sajikan merupakan hidangan tradisional terkenal negeri-negeri dalam Malaysia. Jadi untuk huda yang belum habis terokai 14 negeri di Malaysia ni, teruja nak cuba juadah yang huda pertama kali lihat. Antara juadah lauk pauk untuk menu utama nasi berlauk adalah :-

  1. Ayam Panggang Percik (Kelantan),
  2. Udang Rendang DaunKunyit (Perak),
  3. Telok Itik Masak Lemak Rembau (N9),
  4. Asam Pedas Ikan Pari Merlimau (Melaka),
  5. Ikan Patin Masak Tempoyak Temerloh (Pahang),
  6. Nangka Masak Lemak Gelang Patah (Johor),
  7. Ayam Pongteh Padang Kota (P.Pinang),
  8. Terong Goreng Belacan Kuala (Perlis),
  9. Nasi Kuning KK (Sabah)



10. Hinava Ginapan ( Sarawak)
11 . Kerabu Kacang Botol dengan ikan (Terengganu)
12. Kerabu Kaki Ayam Kg. Kerinchi (Wilayah Persekutuan )



13. Pecal Sayur Parit Sulong ( Johor)



14. Rojak Buah George Town (Pulau Pinang )

Pilihan ulam-ulaman segar berserta pelbagai pilihan sambal belacan, cecalok, budu melengkapkan hidangan berbuka puasa di sini.



Selain pilihan nasi berlauk yang mewah dengan pilihan lauk ,terdapat juga pelbagai gerai ala-ala food streets di tepi kolam renang yang menyajikan makanan panas yang baru di masak! Antaranya gerai yang terdapat di sini adalah :-

  • Fried Kway Teow Teluk Ansin,
  • Warong Mee Padang Tembak,
  • Sushi Abang Sai,
  • Sup Gear Box Power & Sup Ekor Bakar – Jalan Putra,
  • Shell in Pantai Remis,
  • Kambing Bakar Abang Burn


Penutup juadah berbuka dengan kuih tradisional melayu dan juga manisan yang sedap-sedap pastinya menjadikan pengalaman berbuka di sini sangat berbaloi. 




Harga Iftar Ramadan Bufet ‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. 


Berikut adalah harga buffet Ramadan di Seri Pacific Hotel :-

Promosi Harga Early Bird - Sebelum 15 April 2019,

  • RM90 bersih untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak.

Harga Biasa - Selepas 15 April 2019,

  • RM120 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.

3 Sebab Iftar Ramadan Bufet ‘Sajian Tradisi Zaman ke Zaman’ di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur menjadi pilihan terbaik! 

1) Lokasi Seri Pacific Kuala Lumpur yang sangat strategik dan berdekatan dengan LRT PWTC dan komuter memudahkan anda untuk datang ke sini.

2) Kemudahan parking yang banyak di sekitar hotel

3) Di sini juga ada disediakan surau untuk solat ,jadi pengunjung dapat menunaikan kewajipan kemudian menikmati juadah yang disediakan sampai kenyang .

Jom dapatkan baucer early bird sekarang dengan menghubungi Seri Pacific Hotel :-

03-4042 5555
Website : www.seripacifichotel.com
Facebook : www.facebook.com/seripacificofficial
Instagram : www.instagram.com/seripacifichotelKL

2 comments:

  1. ada lebih kurang sebulan saja lagi ramdahan menjelma.. time ni lla dapat jumpa menu pelik-pelik .. hihi =)

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]