Jom Meriahkan Karnival Kewangan Terengganu April ini!| Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan,celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment).
Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan.
Huda bersama rakan-rakan media (blogger) ketika sidang media Karnival Kewangangan yang berlangsung semalam di Bank Negara , Kuala Terengganu
Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.
Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan
Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac:
No
|
Negeri
|
Daerah/Bandar
|
Lokasi
|
Tarikh
|
1
|
Pahang
|
Gambang
|
Dewan Astaka, UniversitiMalaysia Pahang,KampusGambang
|
18 Mac
|
2
|
Pahang
|
Jengka
|
Dewan SemaiBakti, FeldaJengka11
|
19 Mac
|
3
|
Terengganu
|
Dungun
|
Dewan Orang RamaiKetengah Jaya 1, BandarKetengah Jaya
|
20 Mac
|
4
|
Kelantan
|
Kota Bharu
|
KompleksBalai Islam, Lundang
|
21 Mac
|
5
|
Terengganu
|
Kuala Nerus
|
Dewan Gemilang, UniSZAKampus Gong Badak
|
24 Mac
|
6
|
Terengganu
|
Kuala Nerus
|
Dewan Auditorium MahyuddinUniversiti Malaysia Terengganu
|
|
7
|
Terengganu
|
Setiu
|
Dewan Majlis Daerah Setiu
Sg Tarom
|
25 Mac
|
8
|
Terengganu
|
Besut
|
Dewan Majlis
Daerah Besut, Kg Gong
Kemuntung
|
26 Mac
|
9
|
Terengganu
|
Hulu Terenganu
|
Dewan Majlis
Daerah Hulu Terengganu
|
27 Mac
|
10
|
Terengganu
|
Marang
|
Dewan Majlis Daerah Marang
|
28 Mac
|
11
|
Kelantan
|
Pengkalan Chepa
|
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota
|
31 Mac
|
Roadshow yang meliputi 1,200 km bersama bas bergerak BNM -MobileLINK yang berpotensi mendekati 3,800 penduduk tempatan dalam dan luar bandar, penjawat awam, pelajar universiti, peneroka Felda dan PKS.
Taklimat kewangan dan perkhidmatan kewangan yang disediakan sepanjang road show ini adalah seperti berikut :
Pocket talks:
i. BNM mengukuhkan keupayaan pengurusan kewangan:
a) LINK & Anda:
- Hak dan tanggungjawab pengguna
- Kepentingan perlindungan takaful
- Aduan dan penyelesaian kewangan
- e-Pembayaran
b) Jenayah Kewangan
- Skim Cepat Kaya
- Macau Scam
c) Kenali Wang Anda
- Tips mengenali wang palsu
d) Pengurusan Kewangan
- Tips menabung
- Mengurus hutang dan perbelanjaan
ii. Maklumat bekaitan perbankan Islam dan takaful daripada wakil industri terutamanya produk perbankan Islam, Perlindungan Tenang dan mySalam.
Perkhidmatan kewangan:
i. CetakanCCRIS &pendaftaraneCCRIS
ii. Aduan danbantuanpenyelesaiankewangan
iii. Pembukaanakaun
iv . Menyertaipolisi Takaful
"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan, "kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia.
Antara tetamu terhormat ketika sidang media Karnival Kewangangan yang berlangsung semalam di Bank Negara , Kuala Terengganu
Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.
1 Comments