Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]


Jom Meriahkan Karnival Kewangan Terengganu April ini!| Bank Negara Malaysia (BNM) akan menganjurkan Karnival Kewangan Terengganu dari 4 hingga 6 April di TH Hotel and Convention Centre, Kuala Terengganu. Karnival ini meneruskan perjalanan ke Pantai Timur selepas negeri Sabah, Sarawak dan utara Semenanjung yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran berhubung dengan produk dan perkhidmatan kewangan,celik kewangan dan memperkukuhkan keupayaan pengurusan kewangan dalam komuniti di Pantai Timur menerusi pusat sehenti untuk belajar sambil berhibur (edutainment). 


Bertemakan "Utamakan Keperluan Kewangan Anda", Karnival Kewangan Terengganu membawa bersama lebih 45 institusi kewangan dan agensi kerajaan dalam mempamerkan pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan. Ini termasuk produk perbankan Islam, pembiayaan PKS, perlindungan insurans / takaful dan e-pembayaran. Masyarakat tempatan akan mendapat pencerapan mendalam tentang pelbagai perihal berkaitan kewangan seperti perancangan kewangan, penipuan kewangan dan saluran bantuan penyelesaian kewangan. 



Huda bersama rakan-rakan media (blogger)  ketika sidang media Karnival Kewangangan yang berlangsung semalam di Bank Negara , Kuala Terengganu 

Karnival mesra keluarga ini akan menawarkan pelbagai aktiviti termasuk Forum Perdana mengenai kewangan dan hal ehwal Islam, pocket talks, aktiviti kanak-kanak dan hadiah sehingga RM150,000. Aktiviti menarik yang lain termasuk sesi perkongsian istimewa oleh pengembara selebriti dan hos, Mat Dan dan artis rap, Caprice serta konsert mini oleh Aiman Tino dan Shafiq Farhain.

Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan

Selain itu, siri jerayawara (roadshows) akan dianjurkan untuk mempromosikan Karnival yang bertajuk "Sembang Santai Bersama Rakan-Rakan Karnival Kewangan" di 11 lokasi di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Roadshows ini akan diadakan dari 18 hingga 31 Mac: 


No
Negeri
Daerah/Bandar
Lokasi
Tarikh
1
Pahang
Gambang
Dewan Astaka, UniversitiMalaysia Pahang,KampusGambang
18 Mac
2
Pahang
Jengka
Dewan SemaiBakti, FeldaJengka11
19 Mac
3
Terengganu
Dungun
Dewan Orang RamaiKetengah Jaya 1, BandarKetengah Jaya
20 Mac
4
Kelantan
Kota Bharu
KompleksBalai Islam, Lundang
21 Mac
5
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Gemilang, UniSZAKampus Gong Badak
24 Mac
6
Terengganu
Kuala Nerus
Dewan Auditorium MahyuddinUniversiti Malaysia Terengganu
7
Terengganu
Setiu
Dewan Majlis Daerah Setiu Sg Tarom
25 Mac
8
Terengganu
Besut
Dewan Majlis Daerah Besut, Kg Gong Kemuntung
26 Mac
9
Terengganu
Hulu Terenganu
Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu
27 Mac
10
Terengganu
Marang
Dewan Majlis Daerah Marang
28 Mac
11
Kelantan
Pengkalan Chepa
Dewan Utama, Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Kota
31 Mac
































Roadshow yang meliputi 1,200 km bersama bas bergerak BNM -MobileLINK yang berpotensi mendekati 3,800 penduduk tempatan dalam dan luar bandar, penjawat awam, pelajar universiti, peneroka Felda dan PKS.


Taklimat kewangan dan perkhidmatan kewangan yang disediakan sepanjang road show ini adalah seperti berikut :

 Pocket talks:
i. BNM mengukuhkan keupayaan pengurusan kewangan:

a) LINK & Anda:

- Hak dan tanggungjawab pengguna

- Kepentingan perlindungan takaful

- Aduan dan penyelesaian kewangan

- e-Pembayaran

b) Jenayah Kewangan

- Skim Cepat Kaya

- Macau Scam

c) Kenali Wang Anda

- Tips mengenali wang palsu

d) Pengurusan Kewangan

- Tips menabung

- Mengurus hutang dan perbelanjaan

ii. Maklumat bekaitan perbankan Islam dan takaful daripada wakil industri terutamanya produk perbankan Islam, Perlindungan Tenang dan mySalam.

Perkhidmatan kewangan:

i. CetakanCCRIS &pendaftaraneCCRIS

ii. Aduan danbantuanpenyelesaiankewangan

iii. Pembukaanakaun

iv . Menyertaipolisi Takaful

"Karnival Kewangan akan menjelajah seluruh Pantai Timur sebelum berakhir di Kuala Terengganu selama tiga hari. Ia penting untuk memastikan rakyat Pahang, Kelantan dan Terengganu mendapat manfaat daripada kesedaran produk dan perkhidmatan kewangan yang disediakan, "kata Datin Arlina Ariff, Pengarah LINK dan Pejabat Bank Negara Malaysia. 

       Antara tetamu terhormat ketika sidang media Karnival Kewangangan yang berlangsung semalam di Bank Negara , Kuala Terengganu 


Untuk maklumat lanjut, layari www.karnivalkewangan.com.my atau hubungi Pejabat BNM Kuala Terengganu di 09-622 0571.

1 comment:

Bottom Ad [Post Page]