Bila Cikgu Mula Bandingkan Adik Hakim dan Abang Arif...


Pagi ni  hantar Adik Hakim ke tadika dan sempat berborak dengan cikgu kelas dia tentang pencapaian adik sepanjang hampir 3 bulan di tadika. Adik Hakim masuk tadika yang sama dengan Abang Arif. Seperti yang dah jangka pasti cikgu-cikgu tadika akan bandingkan dua beradik ni. Memang The Arifs ni berbeza macam langit dan bumi. Dari segi tingkah laku, personaliti dan IQ. 

Hmmm....tak tahu la, kalau adik dengar tak bila cikgu tadika ni kerap kali juga bandingkan dengan si abang. Arif Haikal memang terlajak "bijak" jika dibanding dengan rakan-rakan seusianya, mungkin kerana sifat semulajadi yang sentiasa ingin tahu dan mencabar minda dengan perkara-perkara yang advance dari usia. Sebab itu semua cikgu tadika kenal dengan kelincahan dan kepandaian abang Arif Haikal dan di pilih menjadi pelajar terbaik dua tahun berturut-turut. 


Namun si Adik.... cikgu mengadu dia ni "SLOW" . Hmm, dari segi pergerakan yang memang kurang lincah dan tidak seaktif abangnya. Dari segi pembelajaran pun adik tidak sehebat abangnya. Suara pun slow sangat cikgu cakap bila di sekolah. Cikgu risau adik ni faham tak bila cikgu ajar, sebab adik ni bila disuruh membaca dia tahu senyum...dan senyummmm... di paksa berulang kali baru la buka mulut dan suara pula sopannya.. 

Agak terkejut bila cikgu-cikgu tadika ni bergosip dan labelkan adik "ahli syurga" sebab bibir tak lekang dek senyuman. Hehe, kelakar pun ada mama rasa dengar cerita cikgu-cikgu tadika ni...

Adik....
Mama tak harap adik jadi pelajar terbaik macam Abang, sebab mama tahu adik macamana... 

Tapi mama tak gemar bila cikgu-cikgu cerita banding beza adik dan abang.. 

Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Mama tahu adik bijak, tapi sifat pemalu adik, sifat berhati-hati adik, buat cikgu-cikgu label adik yang macam-macam.  Mama tak kisah..dan harap adik pun tak kisah...

Yang penting, mama dan papa sentiasa akan bantu adik belajar , walaupun minat belajar adik tu tenggelam timbul.

Itu ujian untuk mama dan papa dalam membentuk anak-anak. Sesungguhnya anak-anak ini nikmat dan ujian...

Namun, mama papa akan berusaha tak kan membanding beza kelebihan dan kekurangan anak-anak, sebab setiap anak adalah unik. Cara didikan keduanya pun adalah unik..


Semoga adik membesar menjadi anak yang soleh dan pimpin tangan mama ke syurga. Itu jer impian mama... Walaupun betapa banyak cerita tentang beza adik dan abang, mama sayang kedua-dua sepenuh jiwa raga.. 


Post a Comment

0 Comments