Pada Jumaat yang lepas huda bersama rakan blogger Kuala Terengganu iaitu Sis Gee dan Husniey meneroka ke kawasan pembinaan Jambatan Ikonik- Kuala Terengganu Draw Bridge. Tengok ramai orang teganu kongsi gambar-gambar menarik di sini, kami pun teruja nak ambil gambar juga sambil santai petangbersama keluarga di sini.
Jom huda kongsikan 10 Fakta Menarik Tentang Kuala Terengganu Draw Bridge( Jambatan Angkat) .
10 Fakta Menarik Tentang Jambatan Ikonik - Kuala Terengganu Draw Bridge
1) Jambatan ikonik pertama di Asia Tenggara itu bakal dikenali sebagai salah sebuah mercu tanda bagi negeri Terengganu.
2) Jambatan angkat (drawbridge) menghubungkan Muara Selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir,
3) Jambatan itu sepanjang 632 meter dengan 50 meter span navigasi mendatar tanpa halangan bagi 'draw span’, serta 12 meter ketinggian navigasi menegak tanpa halangan apabila jambatan tertutup.
4) Kedudukan jambatan yang strategik di tengah-tengah bandar raya itu juga akan memendekkan jarak perjalanan trafik dari bandar ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus iaitu dari 30 minit kepada 10 minit sahaja.
5) Mengambil idea pembinaan jambatan gantung di kota raya London, iaitu London Tower Bridge, jambatan yang belum dinamakan itu kini sedang rancak dalam pembinaan di muka kuala sungai Terengganu, iaitu di tengah-tengah bandar raya pesisir pantai, Kuala Terengganu ini dan di jangka siap tidak lama lagi.
6) Jambatan yang mula dibina pada tahun 2014 itu kini sudah hampir siap pembinaannya melibatkan laluan utama jambatan, empat menara, dan dua 'sky bridge'.
7) Pihak Berkuasa Majlis Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECERDC) merupakan pihak yang bertanggungjawab membina keseluruhan projek Kuala Terengganu City Centre atau KTCC dan jambatan gantung yang menelan kos pembinaan kira-kira RM5 bilion
8) Menara jambatan itu nanti terdapat galeri yang akan dibuka kepada orang awam bagi melihat keindahan pemandangan seluruh bandar raya ini
9) Menara jambatan itu juga akan terdapat restoran serta kedai-kedai di kawasan berhampiran 'sky bridge'.
10) Isu alam sekitar juga tidak perlu dirisaukan kerana pihak bertanggungjawab telah menjalankan kajian terperinci selama dua tahun agar ekosistem di sepanjang muara sungai terpelihara dan tidak terjejas teruk susulan pembinaan jambatan itu.
Kami yang menetap di Kuala Terengganu ni sangat teruja dan juga bangga dengan pembangunan jambatan ikonik ni.
Kami meluangkan masa berpicnic di tepi persisiran pantai berhampiran dengan jambatan ni dan menikmati panorama matahari terbenam yang sangat memukau.
InshaAllah, pada masa akan datang nak berkunjung ke sini lagi bersama keluarga dan rakan-rakan. Huda pasti lepas ni pasti Kuala Terengganu menjadi destinasi percutian yang pilihan rakyat Malaysia!
InshaAllah, pada masa akan datang nak berkunjung ke sini lagi bersama keluarga dan rakan-rakan. Huda pasti lepas ni pasti Kuala Terengganu menjadi destinasi percutian yang pilihan rakyat Malaysia!
20 Comments
Tataw pun ada tempat cantik camni.. huhu
ReplyDeleteni dah tau, jemput la bercuti2 ke teganu. nnt datang sini, roger2 lah, nnt leh lepak sama2
DeleteInteresting information Huda. Belum siap lagi pun dah ramai dah yang berpusu2 ke jambatan ni untuk ambik gambar. Mesti cantik bila dah siap nanti. Biar Malaysia ni cantik, aman damai selalu.
ReplyDeleteikon baharu negeri terengganu lepas ni. makin ramai la pelancong datang ke ganu selain nak tengok masjid kristal, makan keropok lekor, lepak tepi pantai dan melawat masjid krisral. tak sabar nak tunggu siap nanti mesti cantik
ReplyDeletegreat bridge at iconic location.. really nice facts to read up.. interesting.. hehehe
ReplyDeleteCx tak pernah tahu dekat Terengganu ada Iconic bridge ni. Haritu mcm nampak ada orang share tp dah terlupa nak search. Tapi ini kali cx dah tahu info mengenainya. Thanks share! Sangat informative! Bilalah dapat pergi terengganu lagi. Last pergi masa zaman diploma tahun 2012-2013 rasanya. Lama dah.
ReplyDeleteWahh makin maju dan bertambah cantik Terengganu lepas ni. Harus ramai yang akan ke sana untuk melihat jambatan ni nanti, macam org nak tengok London bridge..:D.
ReplyDeleteMakin cantik la bandar tganu lepas ni ye..
ReplyDeleteJambatan tu pun nampak dari jauh memang lawa..
Lagi lagi ambik gambar time petang ke senja, cantiknya..
Kalau ke tganu tak boleh lepaskan peluang, tengok jambatan tu..
Banyak tempat menarik dan cantik kat terengganu. Suka tengok. Kalau berkesempatan ingat nak pg terengganu dan jalan2 melihat kecantikan bandar ini
ReplyDeleteWoooww menarik nya Terengganu ada Jambatan Angkat ni. Hari tu last pegi rasa mcm x tau lagi psl bridge ni. Nanti dah siap kena la pergi melawat lagi hehe
ReplyDeleteSangat cantik seni bina jambatan nie. Dia menara tu menambahkan lagi seri jambatan tu. lepas nie mesti ia menjadi kwasan tarikan pelancong utk bergambar. Serious cantik. X sabar nak tunggu ia siap
ReplyDeleteCantik tempat dia.. Macam dekat luar negara pulak. .Woww sangat la. .Mestoblepas ni ramainyangvdtg sini. .Hehehe..
ReplyDeleteoh wow to Kuala Terengganu Draw Bridge! I have not been to Kuala Terengganu for a longest time. I should plan a trip there and to the draw bridge too
ReplyDeleteCantiknya la. Moga ada kesempatan melawat ke sana dan menikmatinya sekali. Tahniah orang Terengganu, jadi penjaga untuk jambatan indah nie kelak. Molek2 ye. (betul ke saya guna molek tu)
ReplyDeletewah.. TB baru tahu pasal Jambatan ala-ala london bridge ni akan dibuat di terengganu.. best la orang terengganu nanti ye.. dapat jambatan baru dan cantik
ReplyDeletemenarik sungguh nih
ReplyDeleteWow semacam rupa london tower bridge. I can't wait to visit terengganu again soon.
ReplyDeleteMenarik bila idea ni dapat menghubungkan dua tempat serta menjimatkan masa perjalanan. Mungkin sebab kajian selama dua tahun tu, projek ni makan masa yang lama. Boleh juga ke sini nanti untuk lihat pemandangan sekitar melalui menara jambatan tu nanti.
ReplyDeleteBaru ek jambatan ni? Alaaa..kerap jugak ke terengganu tp tak tau tentang jambatan ni. Ok next trip leh ke sini lak
ReplyDeletedone check in. selaku rakyat malaysia mek bangga ada jambatan draw bridge ni. satu ikonik yang perlu dibanggakan seluruh rakyat malaysia.
ReplyDelete