Tuhan, Tolong Tutup Auratku....



Ini adalah perkongsian semula ihsan dari laman instagram Ahmad Fedtri Yahya. Huda sangat terkesan dengan perkongsian cerita ini, dan huda harapkan pembaca blog huda juga akan dapat manfaat dari kisah benar ini.


Perkongsian Ustazah @shadiyaabbas :
TUHAN, TOLONG TUTUP AURATKU.

Semasa kemalangan itu berlaku, aku mendengar seorang jururawat berkata kepada temannya yang aku mesti ditukarkan baju.

Jubah dan tudung penuh darah.

Jururawat tu berkata kepadaku;
“Dik, kita gunting baju awak ni ye.”
Saya akur. Kini badan saya ditutup dengan sehelai kain.

Kemudian seorang jururawat menarik stokin saya. Saya kata;
“Nurse, jangan. Kaki saya sejuk.” Sebenarnya, itu sahaja aurat yg mampu saya jaga.

Dalam ICU tu saya tidak tahu keadaan wajah saya. Tapi saya tahu cedera sahaja. Saya boleh bercakap, walaupun saya tak tahu bibir kanan saya dah koyak.
Saya tahu rambut saya terdedah. Doktor lelaki dan perempuan bergilir-gilir meninjau keadaan saya. Sehingga seorang doktor lelaki mengambil gambar saya dan menunjukkannya kepada saya. “Maaf ye. I terpaksa tunjuk muka U. Cedera teruk. Kita kena buat plastic surgery hari ni juga.” Saya merenung skrin telefonnya. “Doktor, nanti kasi hidung saya macam U.” Saya katakan kepada seorang Dr perempuan India yang memberi kata-kata kekuatan kepada saya. Ketawa Dr India tu. Manis. “You kan sakit, boleh buat joke.”

Dalam keadaan mata saya berbalam melihat cahaya lampu, saya disorong keluar. Saya dengar suara-suara manusia yg kebanyakannya lelaki. Hati saya galau.

Kemudian saya disorong masuk ke dalam sebuah bilik. Saya seorang diri. Sunyi dan sejuk di dalam bilik.
Saya merintih. Bukan kerana sakit, tetapi kerana saya TIDAK BERDAYA.

“Tuhan, aku tidak berdaya. Aku redha tapi aku malu kerana auratku terdedah. Tutuplah kepalaku Ya Allah.”

 Sedang saya berbisik-bisik tanpa suara, datang seorang jururawat. “Ustazah, saya tutup kepala ustazah dengan tuala ye. “ jururawat yg saya tak nampak wajahnya, meletakkan kain atas kepala saya. Dia mengemaskannya sehingga menutup leher saya.

Saya sebak.
Tuhan...
Engkau Maha Memelihara
Engkau Maha Penjaga
Dalam keadaan aku berkuasa aku berusaha taat kepadaMu
Dalam keadaan aku tiada daya ampunilah aku
Engkau Tidak Akan Menghampakan HambaMu
Walau beribu derhaka
Berjuta peluang engkau buka agar kembali kepadaMu.
Aku tak boleh hidup tanpaMu.

Imbasan Peristiwa;
Shadiya
Hospital Besar Ipoh
April 2018

Terima kasih Ahmad Fedtri Yahya berkongsi kisah ini... Korang boleh sumbang like dan komen di post asal beliau di SINI

Semoga Allah masih hadiahkan kita nikmat iman agar ia melindungi diri kita di dunia dan akhirat. InshaAllah..
Semoga semua wanita yang mengaku dirinya ISLAM sedar akan DOSA membuka aurat. Menutup aurat bukan pilihan, tapi kewajipan. Huda titipkan doa seikhlas hati untuk wanita islam di luar sana agar diberi hidayah dan petunjuk untuk menjadi muslimah sejati.

Post a Comment

1 Comments

Rodiah Amir said…
Sedih bila baca, dalam keadaan sakit pun ustazah tu masih nak jaga.. betul-betul inspirasi