Resepi Cendawan Goreng Enoki Yang Sedap dan Mudah!


Hari ni tekak nak makan makanan yang bergoreng dan crispy. Teringat pulak sedapnya kalau dapat makan ayam goreng. Stok ayam dah habis, nak keluar pergi pasar malas. Masalah betul bila mood malas melanda, semua benda malas nak buat. Korang pernah tak rasa gitu? Huda, sebulan sekali atau dua bulan sekali pasti mood malas tu singgah. Memang parah, jadinya suami dan anak-anak makan apa yang ada jer kat rumah.



Dalam mood malas tu, perut lapar, maka rajin kan juga diri ke dapur. Keluarkan lauk yang dalam freezer tinggal panaskan jer. Hanya perlu masak nasi. Sementara tunggu nasi masak, kemas-kemas sikit peti sejuk. Eh, ada lagi satu pek cendawan Enoki yang huda minggu lepas di Giant. Sebelah pek cendawan Enoki ni, ternampak pula tepung goreng crispy. Hmm, dah memang teringin nak makan benda bergoreng. jadinya terus datang idea nak masak cendawan goreng Enoki. Jom huda kongsikan resipi yang sangat mudah, dan pasti sedap!

Bahan yang di perlukan


1) 1 Pek Cendawan Enoki

2) Tepung Goreng

3) Minyak masak yang secukupnya untuk mengoreng deep fry

Cara-cara


1) Potong bahagian akar cendawan Enoki dan bilas dan toskan air bilasan tadi.



2) Gaul rata cendawan Enoki dengan tepung


3) Goreng dalam minyak panas dengan api sederhana, lebih kurang 3- 5 minit

4) Angkat dan sedia di makan panas-panas.


Sedap makan begitu sahaja atau di jadikan lauk tambahan.

Suka tengok anak-anak makan berselera Cendawan Enoki Goreng ni. Menu yang paling mudah, murah dan cepat siap dan juga konfem sedap!

Selamat Mencuba!

Post a Comment

0 Comments