Projek Baking - Golden Almond Crunchy



Golden Almond Crunchy adalah "kuih" yang huda paling suka buat dan paling suka jual. Sebab semua orang yang makan memang akan puji sedap! Actually bahan-bahan kuih ni sendiri yang memang sedap, jadi sesiapa sahaja yang buat pasti sedap!


Minggu lepas huda ada terima order dari rakan blogger dari Kuala Terengganu. Order  5 balang terus! Huda baik hati, bagi promosi beli 5 percuma 1.  Hari yang sama customer datang pick up . pagi itu juga huda akan baking Golden Almond Crunchy ni. Huda suka customer makan kuih ni yang fresh dari oven. 


Dah lama dah sebenarnya tak baking, oven pun dah simpan stor hujung tahun lepas. Kiranya projek baking minggu lepas adalah projek baking pertama di tahun 2019. 


Pagi ni teringat-ingat pula kesedapan Golden Almond Crunchy ni. Rasa nak pergi cari bahan nak buat untuk kudapan sambil menulis blog. Huda juga terima tempahannya tapi hanya untuk kawasan Kuala Terengganu sahaja! 

Jemput follow Facebook Page rasmi untuk bisnes baking huda 

https://www.facebook.com/GoldenAlmondCrunchy/


Post a Comment

1 Comments

Suria Amanda said…
Florentine biscuits ni memang fav SA..adik ipar pandai buat..selalu order je kat dia..masalhnya bila dh kunyah sekali pasti non stop dan selagi x habis sure x berhenti mengunyah kan...