Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Ini kisah throwback... seminggu dua yang lepas. Rutin setiap hari, akan cek emel untuk lihat ada tak rezeki blogging dari emel. Setiap kali cek, memang mengharap ada rezeki melalui servis review dari blog...ada rezeki jemputan event best-best .. Kali ini, huda baca tajuk emel dah rasa berdebar. Baca content emel terus mengalir air mata.



Huda sebak. Allah dah makbulkan salah satu impian huda dan keluarga untuk tahun 2019. Satu wishlist yang huda memang rancang untuk laksanakan. Impian nak penuhkan tabung wishlist ni. 
Namun, rezeki huda dapat tunaikan wishlist tanpa perlu menunggu tabung penuh.

Air mata syukur, terus mengalir. Huda rahsiakan dari anak-anak berita ini. Huda baca emel dah happy, huda nak buat suprise pada anak-anak, mesti diorang berganda happy, dan semoga diorang takkan lupa saat saat indah ini kelak..


Huda sebut nama Allah berulang kali, syukur Ya Allah. 


.
.
.
.
Hari ini, huda dah selamat cek in ke Hotel Legoland, dan habiskan masa 2 hari 1 malam di sini. Full Paid Expenses kami di sini. InshaAllah entry akan datang huda akan kongsikan pengalaman manis sepanjang berada di sini sejak pagi Jumaat sehingga malam Sabtu. 


Iya, ini wishlist kami. Bercuti ke Legoland Malaysia, menginap di hotel idaman anak-anak iaitu di Hotel Legoland, habiskan misi terokai taman tema legoland yang tak habis teroka tahun lepas... Dan wishlist huda nak jejakan kaki ke Sealife Legoland. 


Alhamdulillah, doa anak-anak lepas solat setiap solat fardu nak pergi Legoland , Allah dah makbulkan. 
Sungguh, Allah Maha Memakbulkan Doa..
Huda doakan juga semua pembaca blog huda yang pasang wish sama macam huda yang nak bawa anak-anak ke Legoland Malaysia akan tercapai juga.. InshaAllah. 

3 comments:

  1. Alhamdulillah syukur .. tahniah Huda wishlist tercapai

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur..tahniah Huda dan family...enjoy your staycation...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...rezeki tak pernah salah alamat kan huda...

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]