Kecewa dengan Contest LAZADA, Sudah Tunggu 5 Bulan Hadiah Tak Sampai Lagi!


Kecewa dengan Contest LAZADA, Sudah Tunggu 5 Bulan Hadiah Tak Sampai Lagi!
| Hati ini masih menaruh harapan, hadiah idaman sampai ke depan pintu rumah.. Dari hari berganti hari, dari minggu berganti minggu, dari bulan berganti bulan, dan dari tahun berganti tahun. Benarlah orang kata penantian itu satu penyeksaan. Terseksa jiwa menanti hadiah idaman hati, wishlist tahun lepas yang "konon" nya tertunai tapi tak kunjung tiba.


Kecewa dengan Contest LAZADA , Sudah Tunggu 5 Bulan Hadiah Tak Sampai Lagi!


Sejak aktif dalam dunia blogging dan aktif di media sosial, huda suka sangat join sebarang contest. Sebab dari situ, mungkin ada rezeki yang sudah tertulis untuk huda, dan huda perlu join contest itu mengikut gerak hati huda. 



Pada awal bulan September 2018 yang lalu huda da join satu contest di laman rasmi Instagram Lazada Malaysia. Korang boleh klik sini >> LAZADA TRAVEL FAIR CONTEST <<
Sangat teruja bila huda terpilih menjadi pemenang bertuah yang bakal memiliki beg travel idaman hati. Nak beli sendiri beg travel kan mahal, so sangat mengharap hadiah yang di promosikan dalam contest tersebut sampai ke rumah huda.




Namun penantian lepas 5 bulan ni, hanya kecewa yang huda dapat. DM di instagram tidak berbalas, emel juga tidak berbalas. Kepada siapa dan ke mana lagi harus huda tanya.

Selain huda, seorang lagi pemenang contest ini turut meluahkan rasa kecewa beliau. Kami dah usaha hubungi pihak Lazada, tapi NO RESPON!


Adakah lepas ni huda harus boikot sahaja sebarang contest dari LAZADA??

Kalau korang di tempat huda, apa yer yang korang nak buat?

Nak let go ke fight sampai hadiah tu sampai?? 

Post a Comment

0 Comments