Arif Ajar Mama Cara Atasi Emosi Marah


Al-kisah waktu makan tengahari tadi. Seperti biasa Arif akan sentiasa banyak cakap ketika makan. Cerita pasal apa sahaja. Mama layankan sahaja. Sambil tu mama borak juga papa tentang masalah emosi mama yang semenjak dua menjak asyik nak marah jer.. Faham-faham jer la orang perempuan ni ada "angin" dia tengah moody, semua benda tak kena.. ( Sorry yer anak-anak, mama tewas dengan emosi mama sendiri) 


Gambar hiasan - My Arifs 

Tiba-tiba, Arif bagi soalan pada Mama dan Papa. 

" Macamana nak hadapi emosi marah?" 

Amboi soalan, nampak matang sangat dah anak mama ni, walau usia belum masuk 7 tahun lagi.

Tiba-tiba mama blur , tak tahu nak jawab apa.

Dan Arif pun bagi jawapan dengan yakin dan tenangnya....

" Kena Istigfar bila emosi marah  "

Yer lah anak... Mama Insoffff..... 


Terima kasih Allah ingatkan diri sendiri yang mudah lupa dan selalu ikutkan emosi yang kadang kala memang diri sendiri tak faham.. Terima kasih hadiahkan anak yang terang hati dan bijak macam Arif.

Semoga mama akan sentiasa ingat pesan Arif ni... kawal emosi marah dengan ISTIGFAR....

Post a Comment

5 Comments

sitirohaida said…
hahaha...bagusnya dia.Kadang kala perkataan yang keluar dari mulut anak² ni boleh buat emosi kita stabil dan tak stabil...moh ler beristighfar bebanyak
Ana Suhana said…
Bagusnya Arif. Satu peringatan yg sgt baik. Kadang2 teguran anak2 lg terkesan dekat kita dr teguran suami atau kawan2 kan.
sis gee said…
mama speechless bila anak dah tunjuk sikap seperti org dewasa!!kita pun terkesan sama..
Shalimar Yusof said…
bagus anak-anak mengingatkan kita..
Rini Ismail said…
Bagusnya abang Arif..rupa-rupanya anak kita sama umur la..haha