7 Manfaat Vitamin C Serum Annona Kecantikan Wajah

Sebenarnya huda lama teringin nak gunakan Serum Vitamin C Annona ni, sebab ada rakan huda dah guna memang kulit beliau sekarang cantik berseri. Alhamdulillah, rezeki huda minggu ini huda dah start gunakan serum vitamin C Annona ni. Huda sangat teruja nak tahu kesannya pada kulit wajah sebab huda ada buat kajian sikit tentang manfaat serum vitamin C ni pada kulit wajah. Jom kita sama-sama kongsi ilmu hari ini tentang 7 Manfaat Serum Vitamin C Annona untuk Kesihatan dan Kecantikan Wajah

 7 Manfaat Vitamin C  Serum Annona untuk Kecantikan Wajah


1. Membantu mencerahkan kulit


Vitamin C membantu mencerahkan kulit dan juga menjadikan lebih sihat . Ini kerana vitamin C membantu penghasilan glutathione dalam kulit, yang berfungsi membantu mencerahkan kulit wajah. 

2. Mencegah kerosakan kulit kesan dari sinaran UV

Kandungan vitamin C dalam serum Vitamin C Annona dapat membantu mencegah kerosakan kulit yang berpunca dari  sinaran UVA atau UVB. Gunakan serum Vitamin C Annona bersama sunblock setiap hari untuk memelihara kulit dan lindungi dari kesan pancaran UV yang merosakkan kulit.

3. Membantu melambatkan proses penuaan 

Hasil kajian dari pelbagai sumber menunjukkan kulit yang rosak dan mengalami tanda penuaan mempunyai kandungan vitamin C dalam kulit yang rendah. Vitamin C mempunyai anti-aging properties kerana ia mampu merangsang penghasilan kolagen pada kulit wajah. 

4. Antioksidan yang baik untuk mencegah radikal bebas

Vitamin C berfungsi sebagai antioksidan iaitu berperanan melindungi kulit dari serangan radikal bebas. Radikal bebas disebabkan oleh sinar UV, pencemaran, asap rokok dan pelbagai sumber lain yang boleh menyumbang kepada kerosakan kulit wajah.  

5. Membantu atasi masalah tona dan warna kulit tidak sekata.

Penggunaan serum vitamin C Annona dapat embantu atasi masalah tona dan warna kulit tidak sekata. Ia menjadikan kulit lebih sihat dengan mengurangkan kesan pigmentasi atau kulit kemerahan yang mungkin berpunca dari sinaran UV, jerawat, sunburn dan lain-lain.

6. Meningkatkan penghasilan kolagen untuk kulit lebih anjal


Vitamin C membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit, yang berfungsi untuk kulit lebih elastik dan anjal. Kekurangan penghasilan kolagen  menyebabkan  garis-garis halus lebih cepat muncul pada wajah. 

7. Membantu mengecilkan liang pori di wajah.

Liang pori yang besar salah satunya disebabkan oleh kekurangan kolagen. Seperti penerangan sebelumnya, vitamin C dapat meningkatkan penghasilan kolagen sehingga membantu mengecilkan liang pori di wajah.

Wah, memang best sangat kan manfaat Vitamin C Serum  Annona ni.  Owh ya, korang tahu tak Serum Vitamin C Annona ni bukan biasa-biasa tau! Korang bayangkanlah  Vitamin C Serum Annona ni ada 10 KALI GANDA VITAMIN C! 

Jom kita sama-sama kaji pula kandungan dalam  Vitamin C Serum Annona :- 
  • Bahan utama yang terdapat dalam Vitamin C Serum ialah Glutathione.
  • Hyaluronic Asid - Bertindak memelihara kelembapan kulit dan membuatkan kulit lebih licin, halus dan anjal
  • Peony - Digunakan secara meluas dalam kosmetik di Jepun untuk kesan pencerahan kulit. Bersifat anti radang, ia membantu mengurangkan sensitiviti pada kulit. Melancarkan aliran darah di bawah kulit dan memberikan kesan glowing dan menaikkan seri wajah.
  • Delima - Membantu melambatkan proses penuaan dan anti-kedutan.
  • Skullcap - Mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, melembapkan kulit, Melindungi kulit dari kerosakan akibat sinaran UV dan membantu meredakan kulit sensitif.
  • Saxifraga - Antioksidan, membantu mencerahkan dan bersifat astringent iaitu mengecilkan liang pori yang besar.
 InshaAllah pada entry akan datang huda akan kongsi pula kesan yang huda alami lepas amalkan Vitamin C Serum Annona ni.



Jom kita sama-sama cuba  Vitamin C Serum Annona ni ! 
Jom beli di laman web rasmi dan follow social media untuk dapatkan maklumat dan promosi terkini.

Website : https://vitamincseries.com
Facebook Page : www.facebook.com/VCSAnnona
Instagram : www.instagram.com/vcs_annona
Hotline : 010-8424243

Post a Comment

0 Comments