5 Produk Terbaik dan Berkesan Untuk Atasi Masalah Jeragat

5 Produk Terbaik dan Berkesan Untuk Atasi Masalah Jeragat | Baru-baru ini ada kenalan huda luahkan perasan runsing beliau tentang masalah jeragat yang semakin menjadi-jadi di wajah beliau. Huda pun sebenarnya risau juga sebab ada fakta yang mengatakan risiko untuk jeragat itu muncul di wajah lebih tinggi bila wanita itu meningkat umurnya. Jadi, pada perkongsian tips kecantikan kali ni, huda nak berkongsi tentang 5 produk terbaik dan berkesan untuk atasi masalah jeragat.


Apa itu Jeragat ?



Sebelum huda bercerita lebih lanjut tentang bagaimana untuk atasi masalah jeragat ini, jom kita sama-sama ketahui apa itu jeragat yang sebenarnya.Jeragat (freckles) ialah tompok-tompok kecil yang wujud di bahagian muka anda seperti dahi, pipi,hidung, dan kawasan sekitar mulut. Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.Kulit wajah kita mempunyai warna tona kulitnya yang tersendiri daripada pigmen yang dikenali sebagai melanin. Sel melanocytes yang terdapat dalam lapisan kulit menghasilkan melanin dan sinaran ultraviolet (UV) dari cahaya matahari akan memberi kesan pada pigmentasi kulit. Semakin lama kulit kita terdedah kepada sinaran UV, semakin banyak melanin yang akan di hasilkan oleh melanocytes. Ia merupakan tindak balas semulajadi, di mana melanin berfungsi untuk melindungi sel kulit kita daripada bahaya sinaran UV agar sel kulit tidak rosak. Walaubagaimanapun, jika sel melanocytes menjadi terlalu aktif, kulit kita akan membentuk pigmentasi dan berjeragat.


5 Produk Terbaik dan Berkesan Untuk Atasi Masalah Jeragat 


Kini banyak produk di pasaran yang dapat membantu kita semua, terutama wanita yang amat menitik beratkan kecantikan wajah yang bebas cela. Jom huda kongsikan 5 produk terbaik dan berkesan untuk atasi masalah jeragat. 






Serum Collagen Mary Jardin mengandungi SPF 30 dan juga Vitamin C . Produk ini menggabungan sunblock dan serum untuk merawat masalah jeragat dan juga melembabkan kulit serta memudarkan parut jerawat.





L'Oreal Paris Revitalift Micronized Centella Essence Water diformulasikan dengan 92% Pure Centella Asiatica Extract, memberikan kuasa penyembuhan yang luar biasa untuk memperbaiki tanda penuaan dan juga jeragat, ia membantu memulihkan keanjalan kulit. Titisan micronizednya membolehkan penembusan maksimum ke lapisan kulit untuk membaiki secara mendalam dan dengan serta-merta hidrat, untuk kulit yang lebih cerah dan berseri

3) Annona Vitamin C Serum





Vitamin C Serum membantu untuk memudarkan kesan parut, mencerahkan kulit, mengurangkan jeragat serta menghaluskan liang pori. Kandungan serum itu yang terdiri daripada gabungan buah-buahan seperti limau (citrus), glutathione, asid hyaluronik dan buah delima membuatkannya memiliki 10 kali kekuatan berbanding vitamin C daripada sumber limau semata-mata.Serum itu adalah berasaskan air, menjadikannya mudah diserap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit dan tidak menyebabkan liang pori tersumbat.


4) Bio Oil






Bio-Oil mengandungi Vitamin A, Vitamin E, minyak kalendula, minyak lavender, minyak rosemary, dan minyak chamomile yang sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit. Campuran minyak tumbuhan dan vitamin telah ditunjukkan secara klinikal untuk memberi manfaat kepada kulit. Bio-Oil  juga membantu mengatasi masalah tona kulit yang tidak sekata dan juga memudarkan jeragat. 



5) Serum Dr Beau


SERUM VITAMIN C DR BEAU dari TEJA HERBS ini sangat unik kerana serum di dalam bentuk kapsul minyak. Satu bekas terdapat 30 capsules yang sangat mudah di gunakan. Serum Vitamin C Dr Beau Mengandungi 100% Bahan Semulajadi dan juga ia bebas bahan kimia berbahaya. serum ini mampu merawat pelbagai masalah - masalah kulit seperti jeragat, parut, jerawat, tona yang tidak sekata serta masalah kulit yang kering.

7 Kandungan Minyak Terbaik Dunia Yang Terdapat dalam Serum Dr Beau

  1. Vitamin E mempunyai pelbagai manfaat untuk merawat kulit.
  2. Rosehip Oil bertindak untuk melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  3. Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  4. Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedut pada kulit muka.
  5. Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ianya kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada matahari.
  6. Wheat Germ oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.
  7. Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ianya memastikan kulit sentiasa segar dan selesa.

Cara penggunaan Serum Dr Beau juga sangat mudah dan pratikal. Tiada masalah serum tertumpah ker, serum terpicit lebih dari sepatutnya yang nak guna ker sebab setiap kapsul sudah cukup untuk satu kali penggunaan. Jom tengok video cara penggunaan Serum Dr Beau cara huda.




Tarik hujung kapsul Serum Dr Beau, kemudian boleh titiskan terus pada wajah, kemudian ratakan.  pada telapak tangan dan sapu dengan cara menggosok pada telapak tangan.

Untuk kesan yang terbaik,  disarankan untuk memakai serum ini dua kali sehari iaitu di waktu pagi dan juga malam. Pada waktu pagi, Serum Dr Beau dapat memelihara kulit dari kotoran sepanjang hari. Manakala pada waktu malam pula, serum ini membantu memulihkan kulit wajah agar sentiasa sihat.

Review Serum Dr Beau

Huda mula gunakan Serum Dr Beau ni dari tahun lepas. Huda paling suka Bau serum yang sangat wangi dan menyegarkan kulit lepas pakai. Walau pun Serum Dr Beau ini mempunyai tekstur berminyak namun langsung sama sekali tidak melekit dan cepat meresap. Jadi tiada masalah muka berminyak lepas guna.

Kesan pada wajah pula, tona kulit lebih sekata dan wajah huda bebas jeragat!

Huda kongsikan juga beberapa testimoni mereka yang sudah berjaya mengatasi masalah jeragat dengan menggunakan produk Serum Dr Beau ini.




Untuk maklumat lanjut dan pembelian atas talian, layari laman sesawang berikut http://teja.com.my/ dan juga ikuti Dr. Beau di laman sosial untuk maklumat terkini dan promosi semasa.

Facebook : https://web.facebook.com/drbeaumalaysia/

Instagram  : https://www.instagram.com/drbeau_official/

Whatsapp : +60 19-544 5024

Post a Comment

6 Comments

Ana Suhana said…
Ana pun pakai serum ni tau huda. So far serasi dgn kulit ana. Bau pun wangi sgt.
Rodiah Amir said…
Jeragat makin lama makin berleluasa. Sedih sangat. Memang penting pon serum tolong baiki kulit. Dah cuba serum DrBeau. Suka dengan hasilnya
sis gee said…
kita pun guna serum ni!! wangi dan sangat best bila pakai sebelum apply foundation!
Sheila Adziz said…
suka sangat serum ni... dia meresap kat kulit muka
mek yunie said…
mek guna jugak. untuk malam. kiranya untuk baiki kulit. hehehehe. alhamdulillah so far okei.
Cik Nor said…
pakai sekali mmg xblh nak stop dah pakai..best sangat2 serum ni..:)