Wangi Sungguh Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris



Pertengahan bulan Januari ni memang huda agak sibuk. Banyak sungguh urusan dan aktviti . Balik rumah memang kepenatan dan stress jugalah.. Faham-faham jer lah bila badan letih, dan kena uruskan anak-anak yang aktif dan uruskan hal rumah tangga lagi. Jadi huda perlukan bau wangian yang berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa.  I really need "Pampering Escape" 


Kini huda boleh menikmati wangian  and menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari. Pengalaman menggunakan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris sangat mengujakan.Sebaik sahaja menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi, sentuhan gel mandian beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan. 




Enchanteur, wangian yang diilhamkan di Perancis yang paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Diadun dengan wangian Perancis, rangkaian mandian ini meransangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian anda sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit, melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya; menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau wangi. 

Variasi Gel MandianWangianENCHANTEUR Paris


Manjakan diri anda dengan produk baharu dari  ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel: 


1. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris 
- Belle Amour Bright & Smooth (Mencerah&Melicin)  
Serlahkan kelembutan kulit anda dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya denga pati minyak mawar dan Vitamin B3, ia menjadikan kulit anda lebih halus, cerah dan menawan.


2. Gel MandianWangianENCHANTEUR Paris
- Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk) 

Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Fresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Menthol, ia memberikan kulit anda sensasi menyegarkan sambi lmenyediakan anda untuk temu janji kasual. 

3. Gel MandianWangianENCHANTEUR Paris  
– Adore Soothe and Care (Menenang & Melega) 

Serlahkan dirimu dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan, membolehkan anda berehat selepas hari yang sibuk. 










Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalamsaiz 750g pada harga runcit RM16.75 (Semenanjung) / RM17.55 (Sabah Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh negara. 







Post a Comment

2 Comments

Azlinda said…
best wangiii


Btw, dah update dalam blog list untuk SEGMENT BLOG LIST AZLINDA ALIN 2019. Tahniah terpilih :) !
mamapp said…
wah mesti wangi ni