Throwback 2018



Alhamdulillah. Alhamdulillah.Alhamdulillah 

Segala puji hanya bagi Allah.

Rasa sebak pula menulis hari ni...

Mengimbau masa setahun yang sudah berlalu di tahun 2018. Banyak sangat memori indah, first time menjejakkan ke beberapa tempat yang bertahun-tahun dalam wishlist, dapat barang-barang yang dalam wishlist 2018 dan macam-macam pengalaman baru dalam dunia blogging. 
Jom kita throwback...

Personal Expenses




Overall naik turun graph ni sepanjang tahun 2018 yang lepas. As expected expenses time Hari raya Aidilfitri yang paling tinggi. Mungkin tahun 2019 ni nak kurangkan perbelanjaan , dan tingkatkan simpanan... ( huhu..boleh ke, mood travel awal tahun 2019 pun dah dalam plan minggu depan 😏

Personal weight record 2018 


  • Januari : 61.2 kg 
  • Februari : 59 kg 
  • Mac : 57 kg 
  • April : 57 kg 
  • Mei : 57 kg 
  • Jun : 59 kg 
  • Julai : 58 kg 
  • Ogos : 59 kg 
  • September : 59 kg
  • October : 59 kg 
  • November: 58 kg 
  • December : 57.5 kg 

Alhamdulillah, bangga dengan diri sendiri. Berat turun walau makan banyak jer, hehe.. Huda amalkan Intermittent Fasting dan kawal pemakanan secara berkala. Tahun 2019 ni, rasanya target nak maintain berat, tak nak kurus sangat, sebab dulu pernah kurus sangat masa breastfeeding anak-anak, nampak macam orang sakit jer bila berat kurang dari 55kg. Berat ideal huda ikut penggiraan dari coach JK1M yang huda join awal tahun 2018 adalah 58 kg. So sangat puas hati dengan pencapaian berat sekarang. 

Collaboration / Reviews

Pencapaian dalam dunia blogging huda dah kongsi di Rekod Suku Pertama 2018, dan Rekod Suku Tahun kedua 2018 dan Rekod Suku ketiga 2018 . Jadi huda kongsi untuk suku yang terakhir dalam tahun 2018.


Hotel/Homestay Review
De Rhu Beach Resort
eRya by Suria Marang
Desaru Homestay

Food Review
Seafood Kuala Ibai
Aida's Nasi Ayam
Satay Zul 
Sara Thai
Murtabak Mengkasar
Restoren Bummbu Singgey
Genting Highland Resort 

Product Review
EVOO by Pons
Huggies Dry Pants
ALTHEA Pore Purifying Serum Cleanser
ALTHEA Body Mist
ALTHEA Petal Velvet Sunaway
ALTHEA Milk Peel
Safi Fair Beauty
Susu Frenleaf
Essential Oil Young Living
Baby Hampers By Lovingly Signed
Handbang by Baggining
Dominos Pizza
Dutch Lady
Sumber Ayu
Eye Treatment Gel, Cosmoderm

Collaborations/Services/Events

PPZ MAIWP
Taman Tamadun Islam , Terengganu
Serenity Package, Rampai Puteri Medical Center
80 Logo Antarabangsa Halal -JAKIM
TIME Internet
Seminar Be A Better Trader, Maybank Investment
Alamanda Shopping Center
SuperPark Malaysia
ezbuy 12.12 Sale
Mind Epic Training

Huda Favourite Moments in 2018

Terlalu banyak memori indah tercipta sepanjang 2018 ni.



Wishlist banyak sangat tercapai pada tahun 2018 ni, antaranya berjaya jejak kan kaki ke Legoland, snorkeling di Pulau Perhentian, naik flying fox, berkayak dan dapat buat family photoshoot di studio.  Wishlist nak makan lobster kat Genting Highland pun dah tercapai. Huda juga sangat gembira sebab tahun ni dapat bercuti dengan 10 adik beradik huda, first time dalam sejarah hidup dapat buat proper family day. Segalanya berjalan lancar dengan izin Allah.

2018 sudah berlalu, tapi memori indah terus segar di ingatan sehingga hujung nyawa...

2019... penuh dengan harapan.. banyak juga wishlist yang huda teringin nak capai. InshaAllah hanya dengan izin Allah segalanya berlaku... Jom kita doa, usaha dan tawakal. Gandakan usaha menjemput rezeki dengan bersungguh-sungguh. Rezeki akan datang lebih mudah dengan kita jemput dengan ikhlas... 


Post a Comment

0 Comments