Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]



Alhamdulillah, perancangan staycation pertama dalam tahun 2019 di Hilton Garden Inn Kuala Lumpur sudah terlaksana dengan sempurna. Selepas huda selesai Bengkel Videografi Kelab Blogger Ben Ashaari , huda dan keluarga terus bergerak ke Hilton Garden Inn yang terletak di Jalan Abdul Rahman Kuala Lumpur.


Tidak sangka sungguh, pada awal tahun lepas, huda dan keluarga staycation Kuala Lumpur di The Regency Hotel yang terletak betul-betul bersebelahan dengan Hilton Garden Inn. Teringat tahun lepas huda lalu di kawasan construction Hilton Garden Inn, terdetik dalam hati,

wahh.. Hilton ada hotel baru nak buat lah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur ni..best yer kalau dapat stay Hilton yang baru ni nanti.

Siapa sangka lintasan hati huda sudah pun tercapai minggu lepas. Memang rezeki awal tahun untuk huda dan keluarga.

Hilton Garden Inn ini ada dua tower, iaitu Hilton Garden Inn North dan Hilton Garden Inn South. Huda menginap di Hilton Garden Inn South yang mana merupakan tower yang baru siap dan baru sahaja beroperasi dalam 3 bulan yang lalu. 


Pengalaman Menginap di Hilton Garden Inn South 


Huda sampai ke Hilton Garden Inn KL dalam pukul 6 petang. Alhamdulillah, urusan cek in sangat mudah dan staff sangat mesra. Huda pun didaftarkan sebagai ahli Hilton Honors ketika proses cek in. Jadi huda dapat menikmati kelebihan menjadi ahli Hilton Honors seperti akses wifi percuma dan late check-out. 


Huda dapat bilik di tingkat 24, fuh... tingkat paling tinggi untuk guest room. Masuk jer bilik, nampak katil empuk dan bantal empuk , memang tak sabar nak berehat setelah seharian duduk di dewan seminar. 

Kemudahan yang ada di dalam bilik adalah 40-inch HDTV, mini-fridge, adjustable air-conditioning, in-room safe and coffee/tea making facilities.




Masuk jer bilik air, huda cukup puas hati dengan kebersihan bilik air , maklumlah hotel baru kan, semua nampak bersih dan cantik! Paling huda suka toileteries di sini wangi sangat. Toiletries jenama antarabangsa Cabtree & Evelyn dengan bau lavender. Memang best sangat-sangat bau dan lembut jer kulit dan rambut lepas guna. Bertuah huda, dapat juga merasa produk mahal bila stay di Hilton Garden Inn KL.

Kemudahan lain yang ada di  Hilton Garden Inn KL adalah fitness centre yang terletak di Hilton Garden Inn North. Selain itu ada Pavilion Pantry yang menjual pelbagai makanan ringan dan produk personal care. Bussiness Centre pun ada untuk mudahkan mereka yang travel dan perlukan akses komputer. Untuk kemudahan parking kereta juga di sediakan untuk pengunjung hotel ni.


Terdapat juga kemudahan Guest Laundry untuk kemudahan pengunjung nak membasuh baju dengan kadar caj untuk mencuci RM 10 dan caj dryer RM8 .


Tak sah kalau ke hotel kalau tak berendam dalam swimming pool kan?  Huda hanya perlu naik satu tingkat sahaja iaitu aras 25 untuk menikmati permandangan bandaraya Kuala Lumpur dan swimming pool di rooftop Hilton Garden Inn KL South ini. 



Keesokkan paginya huda dan anak-anak tidak sabar untuk menjamu selera Breakfast buffet di Hilton Garden Inn KL. 
 Terima kasih chef di Hilton Garden Inn KL, rajin sungguh deko plate dengan ucapan Selamat Pagi 

Antara keistimewaan yang The Arifs dapat waktu breakfast adalah special Kids Menu dan juga dapat satu set drawing block berserta pensel warna. Staff di restoren pun sangat mesra dan peka dengan keperluan kanak-kanak seperti sediakan kerusi tinggi untuk kanak-kanak agar mereka berasa lebih selesa untuk makan di meja. 

Pilihan menu dan juga susun atur di restoren sangat kemas dan teratur. Ada menu western, menu nasi lemak, kew teow goreng, yogurt pelbagai perisa, buah-buahan dan juga pelbagai pencuci mulut.

Antara menu yang huda sempat makan ketika breakfast di Hilton Garden Inn KL adalah nasi lemak yang sedap, dan juga pancakes yang gebu.  Roti croissant pelbagi filling antara menu wajib kegemaran huda setiap kali breakfast di hotel.  Dan paling huda teringat-ingat adalah muffin green tea yang gebu dan sangat sedap. Serius sedap muffin green tea ni, first time rasa terus jatuh cinta. 



Gambar kenangan kami ketika breakfast di Hilton Garden Inn South Kuala Lumpur

Review - Hilton Garden Inn South Kuala Lumpur

  • Price: 4/5
  • Location: 4/5
  • Facilities: 4.5/5
  • Cleanliness: 5/5
  • Overall: 4.5/5




  Layari website rasmi untuk tempahan dan maklumat lanjut
Website  Hilton Garden Inn Kuala Lumpur Jalan Tuanku Abdul Rahman South
No. Telefon: +603 277 16888 .

13 comments:

  1. fuhhh mantapp betul hotel hilton ni! nanti nak ajak family lah ke sini hehehe.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Pool menarik & breakfast nampak sedap lah.

    ReplyDelete
  3. Menarik ya sebab ditengah2 bandar KL so leh menghayati pemandangan sekali. Bilik pun nampak selesa

    ReplyDelete
  4. Okay. Ni cantik. Tengok review semua macam okay, makanan nampak banyak. Boleh try one day nanti. Terpikat dengan tempat sky lounge and pool tu. Suka sangat.

    ReplyDelete
  5. This room look so comfortable and the location look so strategic. The breakfast selection look like a good spread too. I would recommend this to my friends too.

    ReplyDelete
  6. omg so cantik!!! kalau sha suka stay tempat tinggi 😂 taktahu kenapa rasa macam best. mesti pemandangan kat luar pun cun, lighting on point hahaha. nanti nak jugak try stay sini sbb nkgi konvo kawan nanti

    ReplyDelete
  7. Wahh bestnya dpt merasmikan hotel baru.. Tempat dia pon nmpk cantik je.. Siap ada swimming pool lagi.. Bilik pon nmpk selesa je.. Breakfast dia pon menyelerakan tgk.. Heheh...how much per night ?

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat tido hotel hilton. perasan jugak hotel hilton ni. kat area rumah di puchong pun ada satu hilton garden in baru buka. kiranya hilton versi mampu milik la kan

    ReplyDelete
  9. Aduhai nampak cantik je bilik tu. Ada budget boleh ajak suami honeymoon ni. Pemandangan dekat swimming pool pun nampak impressive !

    ReplyDelete
  10. I am sure the kids have lots of fun too. :D The room looks so spacious and comfortable. The swimming pool is really big.

    ReplyDelete
  11. cantik hotel dia..siap ade pool tu..mkanan dia pun woww..best la huda dtg kl dapat stay hotel..hehee..suka tengok huda jalan2

    ReplyDelete
  12. menarik sharing kali ni. sangat detail dan bestnya kalau dapat checkin hotel ni rasa di awang awangan aje sebab cantik dan selesa sangat. Nanti sharing lagi tempat menarik yg orang ramai tak tahu lagi. tenkiu ya utk sharing kali ini

    ReplyDelete
  13. Wow.. .menariklah dr penginapan, makanan, view.. ..nanti boleh lah try kat sini hehe

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]