MEMORI SATU JANUARI 2019



Alhamdulillah, hari pertama di bulan pertama pada tahun 2019 sudah berlalu dengan sempurna. 

Seawal jam 7.15 am , kami sekeluarga keluar rumah menuju ke sekolah Abang Arif Haikal. 


Mama pimpin tangan Arif Haikal hingga masuk ke kelas. Setelah bersalaman dengan rasa senang hati meninggalkan Arif di kelas beliau. Arif melambai dengan senyuman. Syukur anak mama boleh berdikari tanpa perlu mama teman di luar kelas. 



Selfie dulu sebelum mama balik... nanti rindu pulak kat anak mama sorang ni...


Seterusnya kami bergerak ke lokasi seterusnya, iaitu tadika Adik Arif Hakim. Kelas adik terletak di tingkat satu, mama agak risau sebab adik agak takut untuk turun dan naik tangga sendiri. Tapi mama fikir, inilah peluang untuk adik berdikari tanpa perlu mama dan papa pimpin tangan adik lagi. 


Mama teman adik dikelas untuk beberapa minit. Lihat adik tenang sahaja, mama pun meninggalkan adik selepas bersalaman dan adik kucup pipi mama… 




Alhamdulillah, mama rasa lega sangat-sangat. Pelik juga mama tak rasa sebak macam hantar Abang Arif Haikal tadika masa 2 tahun lepas. Mama dah kebal kot..hehe.. 




Waktu rehat, pukul 9 pagi mama datang semula ke sekolah Arif Haikal, teman Arif Haikal makan di waktu rehat. Rezeki ada cikgu hulurkan sepinggan nasi dengan lauk gulai ayam dan sepotong tembikai. Tapi anak mama ni tak makan pedas, hanya cuit sedikit nasi putih yang tak terkena kuah dan makan buah tembikai. Rasa nak buang nasi ni berdosa pulak membazir, jadinya mama terpaksa makan…hehe… 




Papa pula pergi sekolah tadika adik untuk tengok-tengokkan adik, okay ke tu kat sekolah. Papa tengok adik Arif Hakim rehat dan makan di dewan makan. Alhamdulillah menu kegemaran adik, bihun goreng. Bertambah adik makan , 2 pinggan makan! Wah, selera betul anak mama ni. 




Dari 1.1.19 sehingga 17.1.19 sekolah Arif Haikal buat orientasi , balik dalam pukul 12.45 pm, manakala tadika adik pula sesi persekolahan diawalkan sampai pukul 12 tengahari sahaja. Syukur papa kerja freelance , maka mudah nak hantar dan anak-anak sekolah sebab kerja fleksible. 


Anak-anak balik ke rumah dengan macam-macam cerita dengan wajah yang ceria. Syukur, hari pertama persekolahan berlalu dengan sempurna dengan izin Allah. Terima Kasih Ya Allah, Allah tak uji kami dengan masalah anak meragam ke sekolah seperti anak-anak orang lain yang meriuhkan suasana di kelas. 


Namun Allah uji kami di hari pertama di bulan pertama 2019 ini dengan masalah Unifi, masalah elektrik di rumah dan juga bad news moyang The Arifs yang terkena strok dan jatuh,kini sedang koma…

Nak balik kampung jauh… tak balik rasa tak sedap hati. Kerja pula banyak tertangguh sebab masalah internet dan elektrik di rumah…. 

Honestly, jiwa berkecamuk sekejap awal bulan ni.. 

Tapi jauh sudut hati, yakin dengan setiap yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah itu Maha Berkuasa , dan setiap berlaku penuh hikmah... Lapanglah wahai hati.. Ujian yang Allah datangkan sangat sedikit berbanding nikmat yang Allah beri.. maka bersyukurlah. Alhamdulillah. Alhamdulillah..Alhamdulillah.....





Post a Comment

0 Comments