Pada 18 dan 19 haribulan Januari yang lepas, anak sulung huda ,Arif Haikal mengikuti swimming class yang pertama dalam hidup. Huda bersyukur sangat bila Allah gerakkan hati huda nak tengok skrin iklan di UMT beberapa hari sebelum kelas swimming ni. Kalau huda terlepas pandang, mesti takde rezeki nak join kelas swimming ni.
SWIM SAFE "LIFE-SAVING, WATER SAFETY & SURVIVAL SWIMMING PROGRAMME SERIES 3.
Daripada Ibn Umar RA bahawa Nabi SAW bersabda:
عَÙ„ِّÙ…ُوا Ø£َبْÙ†َاءَÙƒُÙ…ُ السِّبَاØَØ©َ ÙˆَالرَّÙ…ْÙŠَ
Maksudnya: “Ajarlah anak kamu berenang dan memanah”.
Berenang adalah salah satu sukan yang di sarankan oleh Nabi kita Muhammad SAW selain daripada sukan memanah dan menunggang kuda. Jadi dengan berenang kita sudah mengikut sunnah Nabi dan dapat pahala dengan mengerjakannya. Best kan? Aktiviti yang anak-anak suka dan juga menambah pahala. Sejak dari awal tahun, Arif kata bila dia 7 tahun, dia nak pandai berenang sendiri, tak perlukan pelampung lagi..Jadi huda pun memang pasang niat nak daftarkan Arif ke kelas swimming.
Alhamdulillah, wishlist arif nak masuk kelas swimming sudah pun tercapai. Kick start terbaik untuk tahun 2019 ni. Syukur Ya Allah.
Yuran kelas swimming adalah RM185 sahaja. Bagi huda sangat2 berbaloi untuk kelas 2 hari dan juga skill berenang yang Arif dapat belajar. Kelas Swimming ini adalah anjuran Swim Safe Life Saving, Water Safety & Survival Swimming Programme dan Universiti Malaysia Terengganu. Tenaga pengajar pun adalah dari pakar-pakar yang berpengalaman dalam sukan renang.
Setelah 2 hari menghadiri kelas swimming ini, Arif semakin berani, semakin yakin diri dan bersemangat. InshaAllah, lepas ni boleh la Arif Haikal ajar asas swimming pada adik Arif Hakim pula.
InshaAllah, semoga murah rezeki anak-anak mama dapat belajar swimming sampai betul-betul mahir.. Nanti mama bawa pergi swimming kat hotel kita pratikkan ilmu swimming yang Arif Haikal dapat dari kelas ni. .Lepas ni boleh lah kita snorkeling kat pulau-pulau cantik seluruh Malaysia..InshaAllah.
0 Comments