Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]




Pada tahun hadapan Sukan Olimpik bakal di adakan di Jepun. Beribu-ribu atlet dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pelbagai pertandingan. Sukan Olimpik merupakan pertandingan sukan terkemuka di dunia dengan lebih daripada 200 negara menyertainya.
Rakyat Malaysia pastinya akan turut serta memeriahkan sukan Olimpik di Jepun kelak. Namun, sepanjang berada di Jepun nanti pastinya isu mencari makanan yang halal menjadi isu yang merunsingkan. Ada berita baik untuk atlet Malaysia dan penyokong-penyokong Malaysia yang akan berada di Jepun sempena Olimpik 2020 kerana Usahawan Malaysia Bakal “Berniaga” di Jepun Sempena Olimpik Tahun 2020. 

Pra-Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 

Pada 8 Januari 2019 yang lalu telah berlangsungnya Pra Pelancaran Ekspo Halal Malaysia 2019 yang telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan.  Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensi SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) bakal menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. 


Malaysia sudah terkenal di serata dunia sebagai hab Halal global yang terkemuka. Maka melalui acara Ekspo Halal Malaysia 2019 yang Bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" dengan misi memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. 

Acara yang julung kali di adakan ini bakal menyediakan platform untuk PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020). Ia merupakan peluang keemasan untuk komuniti PKS tempatan merebut peluang perdagangan dan membina rangkaian yang luas berkembang yang terdapat di pasaran Halal Jepun.


Program Menarik Ekspo Halal Malaysia 2019


Antara program yang menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 yang bakal di adakan kelak adalah : -

· 320 booth pameran yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu makanan dan minuman (F&B), bahan ramuan, bioteknologi, kosmetik, penjagaan kesihatan dan farmaseutikal serta logistik.

· Perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing) yang terdiri daripada lima sesi Pocket Talk, 3 sesi forum, dua sesi singgah santai selebriti yang melibatkan agensi seperti SME Bank Berhad, JAKIM, EXIM Bank, Matrade, Federation of Malaysian Freight Forwarders dan lain-lain.

· Majlis Penganugerahan Islamic Innovation Challenge (IIC) Award yang memberikan penghargaan kepada PKS yang berinovasi dalam industri halal. 

· Sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Justeru ,sesi padanan ini menjadi landasan dalam memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.



Jom kita ramai-ramai hadiri Ekspo Halal Malaysia 2019 yang bakal berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Acara ini juga akan di meriahkan dengan artis dan host terkenal iaitu Fara Fauzana dan Faizal Ismail! 

Ekspo Halal Malaysia 2019 akan dibuka kepada trade visitor mulai 24 hingga 26 Januari 2019 dari 9.00 pagi - 6.00 petang (Khamis-Sabtu) dan kepada lawatan umum pada 26 Januari 2019 dari 9.00 pagi- 6.00 petang (Sabtu).

Untuk maklumat lanjut layari lawan web rasmi Ekspo Halal Malaysia 2019



23 comments:

  1. Kali ini LZ teringin pergi sebab nak tengok sendiri kemeriahan ekspo HALAL ini..
    Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Jadi jangan lupa serbu Malaysia Halal Fest 2019 okey

    ReplyDelete
  3. alahh tak de kat derang buat expo kat Penang boleh lah tengok produk apa yang diorg jual nanti di olimpik..mmg terbaiklah expo ni boleh meluaskan pasaran produk kita ke luar dan dikenali ramai

    ReplyDelete
  4. Best expo gini..!! InsyaAllah Sabtu ni free boleh laaa pegi. Dekat jer pun..

    ReplyDelete
  5. Bestnya ada halal expo...bila plak la SA nak terjah ni..hehehe..bagus kalau selalu diadakan sebab boleh dpt ilmu disamping boleh membeli barangan yang dijamin kehalalannya kan..x risau sangat kalau nak membeli..

    ReplyDelete
  6. Memang best kalau dapat pergi expo macam ni. Banyak sebenarnya produk halal yang kita tak tahu. Boleh la luangkan masa pergi sini nanti...

    ReplyDelete
  7. bagus expo mcm ni.. boleh tolong usahawan dan kita juga bleh usha makanan dan minuman menarik..

    ReplyDelete
  8. Best ni ekspo macam ni. Kita dapat merasa menu halal yang lain yang kita tak tau. Selain dari tu kita dapat ilmu baru.

    ReplyDelete
  9. This is interesting. I will try to go this expo too and check out their products.

    ReplyDelete
  10. dia orang dah pakat serbu event tu hari ni huda.. kemain tati and ika test produk produk yang ada tu... k.azni pun geram jugak nih.. tgk pikir bila nak terjah

    ReplyDelete
  11. wahhhhh! banyak gila booth yang bakal dibuka eh, semua ada. Memang boleh jadi kelabu mata nanti kalau pergi sana,hehehhe

    ReplyDelete
  12. bagus jugak dieorang buat macam ni. at least kite boleh dapat tau mana produk produk yang betul betul halal tak de ragu ragu dah.

    ReplyDelete
  13. Tengok Jepun sendiri sebagai sebuah negara bukan Islam utamakan produk halal untuk memberi kemudahan kepada pelancong kat sana kita Malaysia negara Islam susah nak terima Halal ini hurmmmm tapi market Halal dah makin berkembang dan ramai negara nak kearah itu...

    ReplyDelete
  14. Kepada rakan-rakan muslim, ini adalah peluang yang baik untuk mendalami tentang produk-produk halal yang ditawarkan. Saya rasa harga di sana mesti lebih murah kan? :D

    ReplyDelete
  15. Tak sabar nak tunggu..boleh le tgok produk halal dn beli macam2. Suka pergi kalau ada expo mcm ni

    ReplyDelete
  16. Bangga melihat syarikat Malaysia yg sediakan produk Halal berjaya melebarkan sayap ke seluruh dunia. Semoga terus maju

    ReplyDelete
  17. Semalam Rawlins singgah kejap kat situ -masyaAllah ramainya manusia. Bagus ada ekspo sebegini - memberi peluang dan ruang untuk banyak IKS dan juga individu berpotensi menambahbaik taraf kehidupan mereka kan.

    ReplyDelete
  18. Good to know diorang buat inisiatif macam ni utk ready utk Olympic nanti. Sbb pegi mana pun, makanan halal mmg jd kewajipan kita kan.

    ReplyDelete
  19. Bagus expo halal camni sebab buka mata pengguna yg sebenarnya ada banyak sgt produk2 tempatan yg halal

    ReplyDelete
  20. good expo to increase the awareness on this and also helps more of the local to provide halal food for 2020.

    ReplyDelete
  21. Selalu dengar psl expo nk tapi x berkesempTan singgah. Ingat nak try jengah sbb bagus juga klu dpt tahu tentang produk halal

    ReplyDelete
  22. Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.

    ReplyDelete
  23. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]