Bengkel Videografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Kunang-Kunang Pictures



Alhamdulillah, perancangan huda dan ahli kelab Blogger Ben Ashaari untuk menuntut ilmu dengan professional videographer sudah terlaksana pada hujung minggu lepas. Rezeki huda bertemu dengan Manager Kunang-Kunang Pictures pada bulan lepas ketika event di Genting Highlands. Selepas berbincang untuk berkolaborasi dan berkongsi ilmu dengan blogger dari Kelab Blogger Ben Ashaari, perancangan terus di buat serta -  merta ketika itu. Huda sangat bertuah kerana pihak Kunang-Kunang Pictures sudi meluangkan masa mereka walau sibuk dengan jadual kerja production yang padat. 

Bengkel Videografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Kunang-Kunang Pictures



Bengkel Videografi Kelab Blogger Ben Ashaari Bersama Kunang-Kunang Pictures ini di hadiri lebih kurang 19 orang peserta. Bengkel di mulakan dengan sesi ambil gambar. Kemudian kami semua belajar tentang asas penggunaan DSLR dan juga tips photography dan videography.


Kredit Gambar : ninamirza.com

Antara ilmu baru yang huda baru dapat adalah tentang pentingnya ruang yang dinamakan "headroom" dalam shoot video mahupun dalam gambar. Selain itu ilmu dan tips photography yang harus di partikkan adalah Rule of thirds, Repetition, Framing, Leading lines dan juga Shooting Angles. 


Kredit Gambar : ninamirza.com

Antara equipment yang wajib ada selain kamera DSLR adalah micrphone clip BOYA. Ia memastikan kualiti audio dalam video yang kita hasilkan adalah yang terbaik dan berkualiti. So wajib beli satu lepas ni..


Selepas sesi belajar selesai, kami semua di arahkan untuk membentuk dua team dan diberi task membuat satu video parody yang lucu. Tempoh masa yang diberikan dalam 1 jam untuk shooting dan kemudian kami di ajar editing video menggunakan Adobe Premier. Part editing video yang memakan masa paling lama, maklumlah semua first time guna software editing video yang canggih.

Kredit Gambar : Mariana Mar

Tips untuk ambil gambar tudung flow dengan cantik adalah menggunakan teknik shooting dengan low angle, dan point kamera ke atas menuju ke subjek. Dan semestinya ada pembantu yang tolong angkat sikit tudung dan lepaskan.


Hasilnya.... Nampak cantik kan?  teknik ni juga boleh di guna pakai untuk amik gambar melompat. Baru lah gambar melompat korang tu cun! Tak sabar pulak nak try teknik ni untuk melompat tepi pantai nanti.



Kredit Gambar : Mariana Mar

Encik Shah dari Kunang-Kunang Pictures menunjukkan teknik shooting dengan angle eye-level untuk menghasilkan video diingini dengan lebih menarik. 


Kredit Gambar : Mariana Mar

Kerjasama antara blogger-blogger dalam team one. Untuk menghasilkan video yang menarik, teknik dual camera di perlukan untuk menghasilkan video yang lebih dramatik dan menarik minat penonton. 

Selepas habis shooting video, kami semua berhenti berehat seketika dan makan tengahari. Alhamdulillah, menu makan tengah hari kami di taja oleh Cafe Cerita Kambing. Serius sedap sungguh menu lunch box-  Nasi Arab + Smokey Chicken yang disediakan.


Kemudian bengkel bersambung dengan sesi pembelajaran dan juga hands on editing video menggunakan software Adobe Premier.  Hasilnya... dalam masa beberapa jam, video Parody Ragam Budak Sekolah - Instafamous Wannabe pun terhasil....




Untuk video parody team dua boleh lihat di SINI.


Kemudian kami di ajar untuk meghasilkan video product review yang simple tapi memberi impak.

Ini video yang sempat di rakam dan di edit oleh Pihak Kunang-Kunang Productions pada bengkel videografi tempoh hari.  Produk review yang digunakan adalah penaja snek kami iaitu Kuih Kapit Mak Inang



Bengkel Videografi Kelab Blogger Ben Ashaari yang telah berlangsung selama lebih kurang 7 jam memberi banyak ilmu dan idea untuk kami para blogger menghasilkan video yang lebih baik  di masa hadapan. InshaAllah. Terima kasih tidak terhingga untuk Manager Kunang-Kunang Pictures yang sudi meluangkan masa dan tenaga bersama kami semua. Terima kasih juga untuk pihak  MATIC Jalan Ampang, yang sudi menaja lokasi bengkel kami kali ini.

Untuk anda yang mencari photographer dan videographer untuk apa jua majlis seperti majlis perkahwinan, majlis koporat dan lain-lain, anda boleh lihat hasil kerja Kunang-Kunang Pictures yang memang terbaik di pautan link di bawah.
Subscribe:
  Youtube Kunang-Kunang Pictures
Follow :



Sebarang pertanyaan dan tempahan servis photography dan videography dari Kunang-Kunang Pictures boleh hubungi terus, Encik Shah di talian 014-921 0402

Post a Comment

3 Comments

Miera Hassan said…
Waahhh bestnyaa... dapat belajar macam-macam teknik bergambar
emarieys said…
ala tersangat rugi tak join tempoh hari...
Nadia Johari said…
best sangat tgk..dapat beljr buat video..syokla..