Aktiviti Menarik Wajib Cuba di Melaka | Menonton Persembahan Teater di Encore Melaka





Pertama kali huda dengar tentang Encore Melaka adalah melalui dealer di Maybank Investment Bank. Mesti anda pelik kan, apa kaitan bank dan teater Encore Melaka ni? Sebenarnya dealer dari bank ni cerita tentang saham Yong Tai yang dia biasa beli di Bursa Saham Malaysia. Syarikat Yong Tai ini mempunyai property salah satunya adalah Encore Melaka. Dari situ huda baru tahu tentang Encore Melaka.  Lepas beliau cerita tentang keunikan Encore Melaka, huda pun rasa nak tahu lebih lanjut tentang Encore Melaka ni.. huda pun klik website https://encore-melaka.com.

Mula-mula baca info tentang teater Encore Melaka ni, huda ingat macam teater biasa-biasa jer. Tapi sangkaan huda meleset sama sekali. Selepas menghabiskan masa 70 minit menyaksikan teater di Encore Melaka ni, serius huda teramat kagum dengan teknologi dan hasil seni teater yang dipersembahkan di Encore Melaka. 

Huda dan suami berpeluang menonton persembahan teater bertaraf dunia di Encore Melaka. 



Senibina Encore Melaka 


Huda kerap kali lihat kawan-kawan di laman instagram muat naik gambar berlatar belakang senibina Encore Melaka. Minggu lepas huda sendiri dapat jejakkan kaki ke sini dengan perasaan yang kagum.
Ketua arkitek teater Encore Melaka ialah Encik Wang Ge dari Beijing Institute of Architectural Design (BIAD) yang memang terkenal sebagai pusat penyelidikan teknologi reka bentuk seni bina dan pembinaan di Beijing. Untuk menampilkan kepelbagaian etnik dan kepelbagaian budaya Melaka, Wang Ge merancang sebuah teater yang tidak rumit namun canggih.

Teater ini terdiri daripada biru dan putih iaitu simbolik warna kesucian dan keabadian. Pengunjung disambut oleh pintu masuk kanopi organik yang membawa kepada sebuah ruang legar biru sebagai penanda hadapan utama yang diliputi dengan jubin porselin. Tona warna biru yang berbeza menambah sentuhan akhir pada senibina Encore Melaka yang menyerlahkan lagi senibina moden dan canggih. . Ini merupakan metafora bagi pelbagai budaya di Melaka di mana mereka bergaul dan secara semula jadi bergabung menjadi sebuah masyarakat bersatu secara keseluruhan.



5 Fakta Menarik Tentang Persembahan Teater di Encore Melaka

1- Encore Melaka - Siri Impression merupakan sebuah pertunjukkan teater yang mempesonakan tentang pelbagai siri riwayat kehidupan yang dilakonkan oleh 200 artis tempatan. Terdapat  tujuh babak cerita  yang dipersembahkan antaranya Kisah Parameswara , Kisah Cheng Ho, Kisah asal usul Baba dan Nyonya, Kisah Enam Ibu, Kisah Ibu Mengandung, Kisah Wau dan akhir sekali kisah penutup tentang Encore Melaka.



2- Teater di Encore Melaka ini dipersembahkan dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, English dan Bahasa Cina. Jadi tidak kira bangsa dari pelusuk dunia boleh menikmati persembahan teater di Encore Melaka.




3. Di Encore Melaka, anda akan merasai pengalaman yang sangat menarik. Dengan teknologi platform penonton berputar 360°, penonton akan menyaksikan empat pentas berbeza dan menyaksikan senario lebih dramatik. Ia merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Selain itu terdapat teknologi 3-D projection mapping yang memberi kesan seolah-olah Virtual Reality.



4. Teater di Encore Melaka mempunyai empat pentas yang berukuran 240 meter panjang. Antara pentas yang huda sangat berasa kagum adalah pentas yang ada kolam dan air terjun. Effect tarian di atas air sangat-sangatlah mengasyikkan. 



5. Persembahan teater yang berdurasi 70 minit ini bukan teater hiburan semata-mata. Teater ini menzahirkan kekayaan Melaka melalui susur galur sejarah dan budayanya yang bermula lebih 600 tahun lalu. Tersangatlah bagus untuk di tonton oleh semua lapisan masyarakat. Persembahan teater ini merupakan karya pengarah Wang Chaoge yang pernah membuat Upacara Pembukaan Sukan Olimpik 2008.


Gambar kenangan bersama artis-artis yang terlibat dalam pementasan teater di Encore Melaka.
Kenangan manis pembuka tahun 2019. Wishlist granted!



Keluar daripada teater huda dan suami menikmati keindahan permandangan matahari terbenam di Encore Melaka.

 Ruang rehat dan santai di kawasan Encore Melaka. Terdapat juga food truck menjual makanan di kawasan berhampiran.


 Terdapat juga kedai menjual cenderahati menarik di Encore Melaka.

Huda rekemen untuk anda yang berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah pastikan anda berkunjung ke Encore Melaka. Menonton persembahan teater di Encore Melaka adalah aktiviti  menarik yang wajib anda cuba di Melaka! Anda pasti sangat-sangat berpuas hati dengan persembahan teater di Encore Melaka. Huda dan suami berjuta-juta kali rasanya sebut "WOW" sebab memang teruja sangat dengan teknologi yang canggih sepanjang pementasan teater di Encore Melaka. Rasanya teringin juga nak tengok lagi teater di sini di masa hadapan. 

Harga Tiket & Showtime Encore Melaka

Isnin - Sabtu : 5.30 pm dan 8.30 pm
Ahad : 2.30 pm dan 5.30 pm

Harga Tiket

  • VIP -RM 528 (MyKad) / RM 568 (Non-MyKad)
  • Premium- RM 228 (MyKad) / RM 248 (Non-MyKad)
  • Standard – RM 128 (MyKad) / RM 148 (Non-MyKad)
  • Wheelchair – RM 98 (MyKad) / RM 98 (Non-MyKad)
Promosi Istimewa - Tiket Encore Melaka


Untuk maklumat lanjut layari https://encore-melaka.com atau hubungi 06-270 7777

Post a Comment

0 Comments