Aktiviti Menarik di Melaka | Bermain di VR & AR Interactive Park






Jalan-jalan makan angin ke Melaka di teruskan dengan mengunjungi tarikan terbaru di The Shore Melaka iaitu VR & AR Interactive Park yang terletak bersebelahan dengan The Shore Oceanarium. Ia baru beroperasi sejak sebulan lalu. Jadi kami sangat teruja untuk bermain permainan canggih di sini. Jom kita tengok apa aktiviti best yang dapat kami sekeluarga lakukan di sini. 




Aktiviti Menarik di VR & AR Interactive Park The Shore Melaka


1) Kids VR Zone









Had umur untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 12 tahun sahaja. Untuk keselamatan dan isu kesihatan mata, kanak-kanak hanya dibenarkan untuk bermain dalam masa 5 minit sahaja. 

2. Edutaiment Painting






Di bahagian edutainment paint ni, anak-anak boleh mewarnaka karekter pilihan mereka dan selepas siap warna, karekter kartun yang mereka sudah siap warna akan muncul di skrin besar. Di sini, adik Arif Hakim main paling fokus.

3. Dinosaur Augmented Reality Zone



Di sini, pengunjung berpeluang bergambar dengan Dinosour. Ada macam-macam jenis dinosour yang akan lalu lalang depan kamera ni.


4. Interactive Fishing Zone





Permainan yang menarik yang anak-anak pasti suka adalah Fishing Interactive. Main tangkap-tangkap ikan dengan menggunakan alat yang disediakan. Arif Haikal main di sini sampai puas sebab memang syok. Papa pun join sekaki main game ni.

5. Augmented Reality Interactive Zone - Fruit Ninja Game











Augmented Reality atau singkatannya "AR" membolehkan kita berinteraksi seperti main game ala-ala X-Box. Memang seronok bila dapat bermain "slash" buah-buahan dalam game Fruit Ninja.



6. VR Cinema

Setelah puas bermain dengan "AR", huda dan suami memasuki VR Cinema pula.








Pengalaman menarik , ibarat tengah menyelam di dalam dasar laut. Ianya merupakan yang pertama di Malaysia. Anda boleh lihat 360 ° permandangan di dalam dasar laut. Seronok dapat jadi "diver" sekejap. Serius best dan mendebarkan. Terus rasa rindu nak pergi pulau.

Selepas penat bermain, huda dan anak-anak berehar sebentar menonton 3D EX Laser Cinema. Maaf gambar ketika menonton cinema 3D ni tak sempat nak amik, biasa leh kepenatan handle anak-anak yang excited main di VR & AR Interactive Park. Owh ya, tiket adalah per entry, so main puas-puas semua baru keluar yer, sebab dah keluar tak boleh masuk semula. Selepas penat bermain , jangan lupa bergambar di dalam VR & AR Interactive Park. Buat kenang-kenangan.







VR & AR Interactive Park

Dibuka setiap hari .
Waktu : 10.30am - 9.00pm
(Last admission : 8.00pm)

Harga Tiket
Combo Package (The Shore Oceanarium + VRAR Interactive Park)
Adults : RM 45.00
Kids : RM 36.00

VR & AR Interactive Park
 Level 2, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
GPS Coordinates: 2.209'N, 102.2498'E
FB Page: https://www.facebook.com/coralwonderlandVR

Post a Comment

16 Comments

Lisa Nurulain said…
woa mesti best ni dapat pergi sana. nanti nk pi la
Mohaz Sue said…
Bawak anak-anak masa cuti sekolah nanti mesti diorang seronok. Lagi2 klu dpt "diver" tu..
Nadhie Wueen said…
Yang ni pun seronok jugak! Budak2 memang suka. Tak sangka dah ada VR dah dekat the shore ni. hihi
Dilah said…
bestnya.. bukan budak2 je suka, mak pun ni pun teruja nak cuba jugak.. hehe
Azlinda said…
best nya..tempat fav asben n anak ni. Boleh bawa depa g nanti
mamapp said…
Wow Ada tarikan Baru laa
Sha Mohamed said…
Hoih.. Best ini.. Sha ada alat tu, cuma tak pandai guna je.. bolehlah ke sini nanti..
Dunia Zumal said…
Seronoknya kalau dapat pergi.
Rodiah Amir said…
Best ni... nanti nak cuba
Nadia Johari said…
Ooo ade had umur ye.. Hbis kalau ade baby mcm mne pulak ye..
Ana Suhana said…
Hari tu g sana xde lagi mende ni. Leh lah g nanti lepas ni.
Kekanda Hawa said…
wow syoknya.... kalau ke sana nk pergi jugalah
marsha said…
Wah boleh masuk wishlist ni
mas saari said…
Bestnya, tak pi sini hari tu masa ke Melaka.
Ai said…
Best ni. Nanti dah sihat nak pergi.