Jalan-jalan makan angin ke Melaka di teruskan dengan mengunjungi tarikan terbaru di The Shore Melaka iaitu VR & AR Interactive Park yang terletak bersebelahan dengan The Shore Oceanarium. Ia baru beroperasi sejak sebulan lalu. Jadi kami sangat teruja untuk bermain permainan canggih di sini. Jom kita tengok apa aktiviti best yang dapat kami sekeluarga lakukan di sini.
Aktiviti Menarik di VR & AR Interactive Park The Shore Melaka
1) Kids VR Zone
Had umur untuk kanak-kanak berumur 3 tahun hingga 12 tahun sahaja. Untuk keselamatan dan isu kesihatan mata, kanak-kanak hanya dibenarkan untuk bermain dalam masa 5 minit sahaja.
2. Edutaiment Painting
Di bahagian edutainment paint ni, anak-anak boleh mewarnaka karekter pilihan mereka dan selepas siap warna, karekter kartun yang mereka sudah siap warna akan muncul di skrin besar. Di sini, adik Arif Hakim main paling fokus.
3. Dinosaur Augmented Reality Zone
3. Dinosaur Augmented Reality Zone
Di sini, pengunjung berpeluang bergambar dengan Dinosour. Ada macam-macam jenis dinosour yang akan lalu lalang depan kamera ni.
4. Interactive Fishing Zone
Permainan yang menarik yang anak-anak pasti suka adalah Fishing Interactive. Main tangkap-tangkap ikan dengan menggunakan alat yang disediakan. Arif Haikal main di sini sampai puas sebab memang syok. Papa pun join sekaki main game ni.
5. Augmented Reality Interactive Zone - Fruit Ninja Game
Augmented Reality atau singkatannya "AR" membolehkan kita berinteraksi seperti main game ala-ala X-Box. Memang seronok bila dapat bermain "slash" buah-buahan dalam game Fruit Ninja.
6. VR Cinema
Setelah puas bermain dengan "AR", huda dan suami memasuki VR Cinema pula.

Pengalaman menarik , ibarat tengah menyelam di dalam dasar laut. Ianya merupakan yang pertama di Malaysia. Anda boleh lihat 360 ° permandangan di dalam dasar laut. Seronok dapat jadi "diver" sekejap. Serius best dan mendebarkan. Terus rasa rindu nak pergi pulau.
Selepas penat bermain, huda dan anak-anak berehar sebentar menonton 3D EX Laser Cinema. Maaf gambar ketika menonton cinema 3D ni tak sempat nak amik, biasa leh kepenatan handle anak-anak yang excited main di VR & AR Interactive Park. Owh ya, tiket adalah per entry, so main puas-puas semua baru keluar yer, sebab dah keluar tak boleh masuk semula. Selepas penat bermain , jangan lupa bergambar di dalam VR & AR Interactive Park. Buat kenang-kenangan.
VR & AR Interactive Park
Dibuka setiap hari .
Waktu : 10.30am - 9.00pm(Last admission : 8.00pm)
Harga Tiket
Combo Package (The Shore Oceanarium + VRAR Interactive Park)
Adults : RM 45.00
Kids : RM 36.00
Level 2, The Shore Shopping Gallery,
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
GPS Coordinates: 2.209'N, 102.2498'E
FB Page: https://www.facebook.com/coralwonderlandVR
193, Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Persisiran Bunga Raya,
75100 Melaka Tengah, Melaka,
Malaysia.
GPS Coordinates: 2.209'N, 102.2498'E
FB Page: https://www.facebook.com/coralwonderlandVR
16 Comments