Pada hujung minggu lepas, huda dan keluarga jalan-jalan makan angin ke Melaka,Bandaraya Bersejarah. Sempena kempen Visit Melaka 2019 ni, jadi sebagai rakyat Malaysia yang suka berjalan, huda pun support kempen pelancongan ini. Destinasi percutian pertama untuk kami pada tahun 2019 ini. Banyak sangat tempat menarik dan aktiviti yang menarik dapat di lakukan bersama keluarga di Melaka ni. Antara aktiviti menarik yang huda sempat lakukan minggu lepas adalah berkunjung ke The Shore Oceanarium.
The Shore Oceanarium Melaka
The Shore Oceanarium merupakan tempat tarikan terbaru untuk pelancong di Melaka. Ia terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Gallery, betul-betul di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Perjalanan interaktif yang luar biasa untuk mempelajari ekosistem bumi dan membolehkan anda menemui hidupan dari darat hingga ke laut. Sebagai destinasi pelancong yang utama Melaka dan tarikan hiburan utama, The Shore Oceanarium pastinya menjadi tempat yang tidak boleh dilupakan dalam jadual perjalanan percutian anda ke Melaka. Beberapa jam yang dihabiskan di The Shore Oceanarium Melaka memberi pengalaman yang menarik untuk anak-anak kerana meraka dapat belajar sambil bermain di sini.
Aktiviti Menarik di The Shore Oceanarium Melaka
1 ) Bergambar dengan lukisan 3D
2. Alami pengalaman mendebarkan terperangkap dalam Virtual Shark Cage
3. Melihat pelbagai species ikan yang berenang di akuarium dari pelbagai sudut.
4. Menonton tayangan cinema 3D , 8 in 1 di mana memaparkan kisah pengembaraan seekor penyu di lautan yang luas. Dengan kesan khas boleh di rasai seperti rasa angin, kabus, getaran dan lain-lain kesan yang membuatkan seolah-olah kita sendiri turut mengembara bersama Si Penyu.
5. Bermain dengan ikan di Augmented Virtual Reality Hall
Pengalaman berkunjung ke The Shore Oceanarium pastinya kami tidak dapat lupakan, kerana banyak aktiviti menarik yang kami pertama kali jumpa di sini. Alhamdulillah, sangat gembira bila dapat luang masa yang berkualiti bersama keluarga tersayang di The Shore Oceanarium.
Selepas berkunjung di The Shore Oceanarium, kami teruskan aktiviti jalan-jalan Melake ke VR & AR Interactive Park yang terletak bersebelahan dengan The Shore Oceanarium. Huda rekemen anda untuk dapatkan tiket The Shore Oceanarium + VR & AR Interactive Park dengan harga jimat sempena promosi yang sedang berlangsung.
36 Comments
How to deal with markets ups and downs?