Aktiviti Menarik di Melaka | Berkunjung ke The Shore Oceanarium Melaka





Pada hujung minggu lepas, huda dan keluarga jalan-jalan makan angin ke Melaka,Bandaraya Bersejarah. Sempena kempen Visit Melaka 2019 ni, jadi sebagai rakyat Malaysia yang suka berjalan, huda pun support kempen pelancongan ini. Destinasi percutian pertama untuk kami pada tahun 2019 ini. Banyak sangat tempat menarik dan aktiviti yang menarik dapat di lakukan bersama keluarga di Melaka ni. Antara aktiviti menarik yang huda sempat lakukan minggu lepas adalah berkunjung ke The Shore Oceanarium. 

The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium merupakan tempat tarikan terbaru untuk pelancong di Melaka. Ia terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Gallery, betul-betul di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Perjalanan interaktif yang luar biasa untuk mempelajari ekosistem bumi dan membolehkan anda menemui hidupan dari darat hingga ke laut. Sebagai destinasi pelancong yang utama Melaka dan tarikan hiburan utama, The Shore Oceanarium pastinya menjadi tempat yang tidak boleh dilupakan dalam jadual perjalanan percutian anda ke Melaka. Beberapa jam yang dihabiskan di The Shore Oceanarium Melaka memberi pengalaman yang menarik untuk anak-anak kerana meraka dapat belajar sambil bermain di sini.  


Aktiviti Menarik di The Shore Oceanarium Melaka


1 ) Bergambar dengan lukisan 3D






2.  Alami pengalaman mendebarkan terperangkap dalam Virtual Shark Cage



3. Melihat pelbagai species ikan yang berenang di akuarium dari pelbagai sudut. 








4.  Menonton tayangan cinema 3D , 8 in 1 di mana memaparkan kisah pengembaraan seekor penyu di lautan yang luas.  Dengan kesan khas boleh di rasai seperti rasa angin, kabus, getaran dan lain-lain kesan yang membuatkan seolah-olah kita sendiri turut mengembara bersama Si Penyu.  




5. Bermain dengan ikan di Augmented Virtual Reality Hall






Pengalaman berkunjung ke The Shore Oceanarium pastinya kami tidak dapat lupakan, kerana banyak aktiviti menarik yang kami pertama kali jumpa di sini. Alhamdulillah, sangat gembira bila dapat luang masa  yang berkualiti bersama keluarga tersayang di The Shore Oceanarium. 

Selepas berkunjung di The Shore Oceanarium, kami teruskan aktiviti jalan-jalan Melake ke VR & AR Interactive Park yang terletak bersebelahan dengan The Shore Oceanarium. Huda rekemen anda untuk dapatkan tiket The Shore Oceanarium + VR & AR Interactive Park dengan harga jimat sempena promosi yang sedang berlangsung. 

Promosi Tiket The Shore Oceanarium + VR & AR Interactive Park



Pakej Kombo - entry to The Shore Oceanarium Melaka+VR & AR Interactive Park 
๐Ÿ“ŒRM45.00 /Dewasa
๐Ÿ“ŒRM36.00 / Kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut layari www.oceanariummelaka.com dan ikuti laman sosial
FB : https://www.facebook.com/pg/oceanariummelaka

Post a Comment

36 Comments

Lisa Nurulain said…
banyak tempat menarik dah kat melaka ni
wah..best ni.. harus masuk dlm list wajib pergi kalau gitu Melaka ni!
Shafyqah Azahar said…
wah bestnya. bukan kanak kanak je ni excited. kalau sha pun excited ๐Ÿ˜‚
Mohaz Sue said…
Wah... Dapat tengok hidupan laut live camni mesti anak2 riuh.. seronok..
Nadhie Wueen said…
wahhh.. seronoknya. best pulak tengok yang 8 in 1 tu seolah2 rasa mcm mengembara bebetul. =D
Ciktie said…
Wahhh seronoknya.. nak pergi jugalah tapii bila ye
Rodiah Amir said…
Wah best ni kalau balik Melaka boleh la singgah
Azlinda said…
ada gi Melaka aritu, tak sempat singgah sini. Nxt time nk singgah
mamapp said…
Syafi suka g tempat mcm Ni boleh masuk wishlist laa
Sha Mohamed said…
Menariknya.. Ada tempat baru nanti kalau ke Melaka.. tq share..
Dunia Zumal said…
Wah, best ni. Ada peluang nak pergi juga...
Nadia Johari said…
Bestnyaaa tempat dia.. Macam akuaroum erk.. Menarik sangat ni.. Nanti nak pergi. La kalau bercuti ke sana
marsha said…
Bestnya...anak anak marsha mesti suka
Alia Farhan said…
Lama dah tak pi ke melaka.. Hari tu pernah stay atas the shore ni. Best jugak.. Next time boleh stay dekat situ lagi.. Turun bawah boleh pi ke sini kan
Julia Mahir said…
Best best! Ni mmg boleh jadi tempat fave Balqis. Hari tu pergi Pusat Sains KL ada ikan pun, pastu hari2 dia tanya nak ajak pegi tgk ikan lagi. Hahaha
mas saari said…
Ngape akak tak perasan tempat ni masa ke Melaka hari tu.
Cik Renex said…
Bestnyaaa tmpt ni. Nanti kalau g melaka nk try lah..
Hasif Hamsyari said…
Dah pernah pergi ke sini dan memang best! Banyak info dan rasanya puas jalan-jalan kat sini je. Dan yang penting ada beberapa lagi tarikan berdekatan tu jadi memang jimat masa. Boleh habis seharian kat sekitar sini je. :D
Portal HRs said…
Sangat Menarik. Melaka memang punyai tempat menarik untuk dikunjungi. Min kalu balik kampung pun suka jalan-jalan di Melaka..hee..
Fadzi Razak said…
Harga promosi tu macam okay je kan sebab untuk masuk 2 tempat. Nampak berbaloi compared dengan normal price dia. Tapi date die tu macam cepat sangat. tak sempat nak tunggu cuti sekolah
Nina Mirza said…
Alahai... Kak. Nina baru jer balik dari Melaka hujung Disember lepas. Kalau laaa tahu awal, boleh laaa ke sini. Nanti nak plan jalan Melaka lagi laaa, singgah sini. Bagus ni, aktiviti buat anak-anak dan Mak Pak sekali. Harga pun berpatutan
Tekkaus said…
Nampak macam best sajer kan? Wow...banyak juga ikan yang terdapat di dalam. Ouh...sekarang ada VR juga? :D
Suria Amanda said…
Bercita- cita nak bawak family pi sini gak nanti..x tau la bila..dah sihat nanti la kot..sekarang blom fit lagi kan..banyak jer tempat baru kat Melaka yang SA x sempat nak explore..pergi hari tu mak tiba- tiba x sihat kan..
mama tisya said…
tk pernh singgah lg The Shore Oceanarium Melaka...menarik juga tmpt ni..mcm2 aktiviti bole dilakukan..ada pakej combo VR & AR Interactive Park menarik tu..tq for sharing
Dakwat Pena said…
Yaaa allah!!...bestnya tempat ni!!...bonda ank kelahiran melaka tp tak tau lg kewujudan tempat ni....hahahahaha...ok next week end boleh bwk family ke sini...
Saya dah pergi... memang seronok datang sini, kalau ada bawa anak-anak memang mereka teruja! boleh mengenali hidupan laut merin
Mek Onie said…
Adeh rindu lak melaka. Bila lagilah nak sampai Melaka ni. huhu... Selama ke melaka tak pernah lagi sampai The Shore tu. Tiket masuk dia pun boleh tahan mahal gakkan. Nanti ke Melaka nak cba lasekali masuk, best ke dok..
Henry Tan said…
oh i didnt know malacca now also got this! seems like malacca has been expanding on their tourism since i left malacca many years ago! if i happen to go malacca, i would love to visit too!


How to deal with markets ups and downs?
nikkhazami said…
tak pernah tahu plak kewujudan tempat ni.. nmpak mcm best. mhal juga tiketnya ye? tapi sekali sekala apa salahnya
Hanny Abdullh said…
Sis kalau ke Melaka cari makan je yang sis tahu, tak gi tempat2 macam ni..tak tahu pun kewujudan tempat ni. Nanti kalau gi lagi sis nak gi tempat2 menarik kat sana
Tengkubutang said…
Kami memang plan nak ke Melaka nanti .. boleh la masuk list tempat ni.. syoknya anak-anak kalau dapat pi sini kan.. kena kumpul duit siap2 ni.. banyak tempat nak pi..
Ai said…
Ai orang melaka tapi baru tau tempat ni. huhuhu
Jia Shin Lee said…
Now they even have VR! Last time when I went tak de! This is really tempting me to visit again.
Mahamahu said…
Wow bestnya ada tempat menarik dan hebat macam ni hehehe kita nak pergi juga tapi tu lah kat Melaka hehehehe tak apa nanti kalau kita bercuti kat sana kita akan singgah best-best yang spek 3D tu hebat..
Kak selalu blk kpg Melaka tp blm pernah sampai kat Sinai,next time kena ajak cik abg gi sinon...haaa
Husniey Husain said…
Nampak menarik sangat tu.. Mesti anak anak suka explore dan dapat belajar sesuatu yang baru