Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]





Pada hujung minggu lepas, huda dan keluarga jalan-jalan makan angin ke Melaka,Bandaraya Bersejarah. Sempena kempen Visit Melaka 2019 ni, jadi sebagai rakyat Malaysia yang suka berjalan, huda pun support kempen pelancongan ini. Destinasi percutian pertama untuk kami pada tahun 2019 ini. Banyak sangat tempat menarik dan aktiviti yang menarik dapat di lakukan bersama keluarga di Melaka ni. Antara aktiviti menarik yang huda sempat lakukan minggu lepas adalah berkunjung ke The Shore Oceanarium. 

The Shore Oceanarium Melaka

The Shore Oceanarium merupakan tempat tarikan terbaru untuk pelancong di Melaka. Ia terletak di tingkat 2 The Shore Shopping Gallery, betul-betul di tengah-tengah kota bersejarah Melaka, Tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia. Perjalanan interaktif yang luar biasa untuk mempelajari ekosistem bumi dan membolehkan anda menemui hidupan dari darat hingga ke laut. Sebagai destinasi pelancong yang utama Melaka dan tarikan hiburan utama, The Shore Oceanarium pastinya menjadi tempat yang tidak boleh dilupakan dalam jadual perjalanan percutian anda ke Melaka. Beberapa jam yang dihabiskan di The Shore Oceanarium Melaka memberi pengalaman yang menarik untuk anak-anak kerana meraka dapat belajar sambil bermain di sini.  


Aktiviti Menarik di The Shore Oceanarium Melaka


1 ) Bergambar dengan lukisan 3D






2.  Alami pengalaman mendebarkan terperangkap dalam Virtual Shark Cage



3. Melihat pelbagai species ikan yang berenang di akuarium dari pelbagai sudut. 








4.  Menonton tayangan cinema 3D , 8 in 1 di mana memaparkan kisah pengembaraan seekor penyu di lautan yang luas.  Dengan kesan khas boleh di rasai seperti rasa angin, kabus, getaran dan lain-lain kesan yang membuatkan seolah-olah kita sendiri turut mengembara bersama Si Penyu.  




5. Bermain dengan ikan di Augmented Virtual Reality Hall






Pengalaman berkunjung ke The Shore Oceanarium pastinya kami tidak dapat lupakan, kerana banyak aktiviti menarik yang kami pertama kali jumpa di sini. Alhamdulillah, sangat gembira bila dapat luang masa  yang berkualiti bersama keluarga tersayang di The Shore Oceanarium. 

Selepas berkunjung di The Shore Oceanarium, kami teruskan aktiviti jalan-jalan Melake ke VR & AR Interactive Park yang terletak bersebelahan dengan The Shore Oceanarium. Huda rekemen anda untuk dapatkan tiket The Shore Oceanarium + VR & AR Interactive Park dengan harga jimat sempena promosi yang sedang berlangsung. 

Promosi Tiket The Shore Oceanarium + VR & AR Interactive Park



Pakej Kombo - entry to The Shore Oceanarium Melaka+VR & AR Interactive Park 
📌RM45.00 /Dewasa
📌RM36.00 / Kanak-kanak

Untuk maklumat lanjut layari www.oceanariummelaka.com dan ikuti laman sosial
FB : https://www.facebook.com/pg/oceanariummelaka

36 comments:

  1. banyak tempat menarik dah kat melaka ni

    ReplyDelete
  2. wah..best ni.. harus masuk dlm list wajib pergi kalau gitu Melaka ni!

    ReplyDelete
  3. wah bestnya. bukan kanak kanak je ni excited. kalau sha pun excited 😂

    ReplyDelete
  4. Wah... Dapat tengok hidupan laut live camni mesti anak2 riuh.. seronok..

    ReplyDelete
  5. wahhh.. seronoknya. best pulak tengok yang 8 in 1 tu seolah2 rasa mcm mengembara bebetul. =D

    ReplyDelete
  6. Wahhh seronoknya.. nak pergi jugalah tapii bila ye

    ReplyDelete
  7. Wah best ni kalau balik Melaka boleh la singgah

    ReplyDelete
  8. ada gi Melaka aritu, tak sempat singgah sini. Nxt time nk singgah

    ReplyDelete
  9. Syafi suka g tempat mcm Ni boleh masuk wishlist laa

    ReplyDelete
  10. Menariknya.. Ada tempat baru nanti kalau ke Melaka.. tq share..

    ReplyDelete
  11. Wah, best ni. Ada peluang nak pergi juga...

    ReplyDelete
  12. Bestnyaaa tempat dia.. Macam akuaroum erk.. Menarik sangat ni.. Nanti nak pergi. La kalau bercuti ke sana

    ReplyDelete
  13. Bestnya...anak anak marsha mesti suka

    ReplyDelete
  14. Lama dah tak pi ke melaka.. Hari tu pernah stay atas the shore ni. Best jugak.. Next time boleh stay dekat situ lagi.. Turun bawah boleh pi ke sini kan

    ReplyDelete
  15. Best best! Ni mmg boleh jadi tempat fave Balqis. Hari tu pergi Pusat Sains KL ada ikan pun, pastu hari2 dia tanya nak ajak pegi tgk ikan lagi. Hahaha

    ReplyDelete
  16. Ngape akak tak perasan tempat ni masa ke Melaka hari tu.

    ReplyDelete
  17. Bestnyaaa tmpt ni. Nanti kalau g melaka nk try lah..

    ReplyDelete
  18. Dah pernah pergi ke sini dan memang best! Banyak info dan rasanya puas jalan-jalan kat sini je. Dan yang penting ada beberapa lagi tarikan berdekatan tu jadi memang jimat masa. Boleh habis seharian kat sekitar sini je. :D

    ReplyDelete
  19. Sangat Menarik. Melaka memang punyai tempat menarik untuk dikunjungi. Min kalu balik kampung pun suka jalan-jalan di Melaka..hee..

    ReplyDelete
  20. Harga promosi tu macam okay je kan sebab untuk masuk 2 tempat. Nampak berbaloi compared dengan normal price dia. Tapi date die tu macam cepat sangat. tak sempat nak tunggu cuti sekolah

    ReplyDelete
  21. Alahai... Kak. Nina baru jer balik dari Melaka hujung Disember lepas. Kalau laaa tahu awal, boleh laaa ke sini. Nanti nak plan jalan Melaka lagi laaa, singgah sini. Bagus ni, aktiviti buat anak-anak dan Mak Pak sekali. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  22. Nampak macam best sajer kan? Wow...banyak juga ikan yang terdapat di dalam. Ouh...sekarang ada VR juga? :D

    ReplyDelete
  23. Bercita- cita nak bawak family pi sini gak nanti..x tau la bila..dah sihat nanti la kot..sekarang blom fit lagi kan..banyak jer tempat baru kat Melaka yang SA x sempat nak explore..pergi hari tu mak tiba- tiba x sihat kan..

    ReplyDelete
  24. tk pernh singgah lg The Shore Oceanarium Melaka...menarik juga tmpt ni..mcm2 aktiviti bole dilakukan..ada pakej combo VR & AR Interactive Park menarik tu..tq for sharing

    ReplyDelete
  25. Yaaa allah!!...bestnya tempat ni!!...bonda ank kelahiran melaka tp tak tau lg kewujudan tempat ni....hahahahaha...ok next week end boleh bwk family ke sini...

    ReplyDelete
  26. Saya dah pergi... memang seronok datang sini, kalau ada bawa anak-anak memang mereka teruja! boleh mengenali hidupan laut merin

    ReplyDelete
  27. Adeh rindu lak melaka. Bila lagilah nak sampai Melaka ni. huhu... Selama ke melaka tak pernah lagi sampai The Shore tu. Tiket masuk dia pun boleh tahan mahal gakkan. Nanti ke Melaka nak cba lasekali masuk, best ke dok..

    ReplyDelete
  28. oh i didnt know malacca now also got this! seems like malacca has been expanding on their tourism since i left malacca many years ago! if i happen to go malacca, i would love to visit too!


    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  29. tak pernah tahu plak kewujudan tempat ni.. nmpak mcm best. mhal juga tiketnya ye? tapi sekali sekala apa salahnya

    ReplyDelete
  30. Sis kalau ke Melaka cari makan je yang sis tahu, tak gi tempat2 macam ni..tak tahu pun kewujudan tempat ni. Nanti kalau gi lagi sis nak gi tempat2 menarik kat sana

    ReplyDelete
  31. Kami memang plan nak ke Melaka nanti .. boleh la masuk list tempat ni.. syoknya anak-anak kalau dapat pi sini kan.. kena kumpul duit siap2 ni.. banyak tempat nak pi..

    ReplyDelete
  32. Ai orang melaka tapi baru tau tempat ni. huhuhu

    ReplyDelete
  33. Now they even have VR! Last time when I went tak de! This is really tempting me to visit again.

    ReplyDelete
  34. Wow bestnya ada tempat menarik dan hebat macam ni hehehe kita nak pergi juga tapi tu lah kat Melaka hehehehe tak apa nanti kalau kita bercuti kat sana kita akan singgah best-best yang spek 3D tu hebat..

    ReplyDelete
  35. Kak selalu blk kpg Melaka tp blm pernah sampai kat Sinai,next time kena ajak cik abg gi sinon...haaa

    ReplyDelete
  36. Nampak menarik sangat tu.. Mesti anak anak suka explore dan dapat belajar sesuatu yang baru

    ReplyDelete

Bottom Ad [Post Page]