Tips Ubahsuai Resepi dan Kurangkan Pengambilan Lemak










Tekak ni teringin nak makan nasi lemak, kari kepala ikan, ketam masak lemak dan macam-macam lagi makanan yang berasaskan santan kelapa. Memang sedap kan, semua menu yang bersantan ni. Rasa lemak yer memang tak cukup sekali makan, pasti bertambah!

Korang tahu tak satu cawan santan mengandungi 13 gm karbohidrat, 5 gm serat, 5 gm protein dan 57 gm lemak. Satu cawan santan juga boleh memberi lebih kurang 552 kalori. Ini bermaksud santan itu tinggi kalorinya dan oleh itu , ia perlu dimakan dalam jumlah kecil.

Dah nak masuk tahun baharu lagi beberapa hari lagi, jadi tahap kesihatan harus di jaga dengan peningkatan usia. Aging is keep coming.....

Antara usaha yang huda boleh buat untuk jaga pemakanan tanpa perlu sekat keinginan makan makanan kegemaran adalah dengan ubahsuai resipi. Jom kita berkongsi tips mengurangkan pengambilan lemak yang disyorkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tips Ubahsuai Resepi dan Kurangkan Pengambilan Lemak



Sebagai contoh, masak kari dengan menggantikan santan dengan yogurt natural.

Untuk sarapan pagi , lebih baik pilih susu yang low fat berbanding full cream. Anda boleh rujuk perbezaan kandungan kalori dan jumlah yang terkandung dalam Full Cream Milk Vs Low Fat Milk




Tak salah ambil makanan yang berlemak namun kita perlu bijak mengawal pengambilan lemak supaya tidak berlebihan.

Semoga tips ini membantu kita menjadi ibu yang bijak dalam menyediakan makanan yang sihat untuk keluarga tersayang. 

2 comments: